realme Watch 2 Pro - Versi Abang Sudah Mari

Pada minggu lepas, realme Watch 2 telah berjaya mencipta rekod baru bagi kategori jualan jam pintar di Shopee iaitu lebih daripada 3,500 unit.

Jumlah itu dicapai hanya dalam tempoh 24 jam sekaligus menjadikannya model jam pintar paling tinggi rekod jualannya berbanding jam-jam pintar jenama lain.

Pada hari ini pula, versi abangnya iaitu realme Watch 2 Pro pula sudah pun mula berada di pasaran.

Secara keseluruhan, semua ciri-ciri yang ada pada versi realme Watch 2 ada ditawarkan pada versi Pro.

Walaubagaimanapun, terdapat 3 perbezaan paling ketara yang membezakan versi realme Watch 2 dan realme Watch 2 Pro.

3 Perbezaan itu adalah saiz skrin realme Watch 2 Pro adalah lebih besar iaitu bersaiz 1.75 inci, kapasiti bateri lebih besar (390mAh) yang mampu bertahan sehingga 14 hari serta sokongan dwi-satelit GPS.

Kapsyen: Saiz skrin realme Watch 2 Pro yang lebih besar menjadikannya seakan sebuah jam pintar premium.


Selepas menguji sendiri keupayaan jam pintar ini lebih daripada 2 minggu, penulis sangat berpuas hati dengan ketahanan baterinya yang cukup mengkagumkan di mana ia mencapai standad seperti yang diiklankan pihak realme iaitu selama 14 hari.

Sepanjang menggunakan realme Watch 2 Pro, penulis tidak perlu pun mengecas jam pintar ini setiap hari walaupun menggunakan semua ciri-ciri yang ada untuk pelbagai perkara dalam tempoh 14 hari itu seperti bersenam, mengaktifkan ciri pemantauan 24 jam degupan jantung, masa dering, mengawal muzik dan banyak lagi.

Kapsyen: Paparan notifikasi realme Watch 2 Pro lebih jelas dan puas dipandang dengan skrin yang lebih besar serta resolusi yang lebih tinggi iaitu 320x385 px dengan kadar kecerahan sehingga 600 nits.


Apa yang dapat disimpulkan penulis terhadap jam pintar ini adalah jika anda mahukan sebuah jam pintar pada harga bajet yang mampu dimiliki tapi kaya dengan pelbagai ciri-ciri menarik, realme Watch 2 Pro semestinya pilihan terbaik untuk anda.

Malah dengan reka bentuknya yang menarik, secara automatik akan menjadikan si pemakainya kelihatan lebih bergaya.

Kapsyen: realme Watch 2 Pro terima penarafan kalis air serta debu IP68 yang menjadikannya sesuai dan selesa dipakai dalam melakukan pelbagai aktiviti lasak.


Sama seperti versi biasa, realme Watch 2 Pro turut ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Space Grey dan Metallic Silver yang djual pada harga RM299.00 sahaja.



Maka pada harga yang mampu milik ini, tidak mustahil versi realme Watch 2 Pro mampu mencapai rekod jualan sebaik versi realme Watch 2.

Jadi kepada para peminat jam pintar apa tunggu lagi, realme Watch 2 Pro sudah pun boleh didapati di semua pengedar sah realme bermula hari ini.