GrabExpress Dan GrabMart Bakal Jadi Taruhan GrabFood Kepada 19 Bandar Baharu

Gaya hidup terkini amat menguntungkan kita pada zaman sekarang apabila adanya beberapa perkhidmatan penghantaran makanan, namun di sebalik setiap aplikasi tersebut, pasti akan ada keistimewaannya yang tersendiri.

GrabFood yang popular di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu, kini sedang mengintai peluang bagi mengembangkan perkhidmatan mereka seperti GrabExpress dan GrabMart kepada lebih banyak bandar.

Baru-baru ini, syarikat tersebut menyatakan hasrat mereka untuk memberi perkhidmatan kepada jutaan penggemar dengan merangkumi tambahan 19 bandar baharu seperti Taiping, Seremban, Miri, Batu Pahat, Sungai Petani, Langkawi dan banyak lagi.

Di samping itu, GrabFood ingin mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan untuk rakan kongsi penghantaran mereka serta restoran yang terlibat.

Sean Goh selaku Ketua Negara Grab Malaysia berkata,"Syarikat ini telah meraih peningkatan sebanyak empat kali ganda dalam jualan melalui restoran yang menjadi rakan kongsi sepanjang tahun 2019".

Dengan adanya peluang ini, melalui platform GrabFood tersebut, mana-mana restoran kecil di luar bandar khususnya, boleh manfaatkan ruang yang diberi ini untuk memajukan perniagaan mereka.

Pada masa akan datang, GrabFood berharap untuk berikan satu kelebihan buat pelanggannya dari segi akses yang mudah kepada menu kegemaran tempatan dan antarabangsa.

Sumber: Bernama