Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Grab Perkenal Perjalanan Dengan Minimum Perbualan, Ini Cara Aktifkan ‘Quiet Ride’

Grab Perkenal Perjalanan Dengan Minimum Perbualan, Ini Cara Aktifkan ‘Quiet Ride’

Diterbitkan Februari 7, 2023 oleh Amalina Athman

Pada Oktober tahun lalu, Grab Malaysia telah menguji ciri ‘Quiet Ride’ yang membolehkan pengguna memilih minimum perbualan sepanjang perjalanan. Terbaharu, Grab kini mula menawarkan ciri itu kepada umum.

Berkaitan

  • Grab Malaysia Bakal Perkenal 'Quiet Ride', Pilih Perjalanan Dengan Minimum Perbualan
  • Grabfood Saver 'Delivery' - Caj Penghantaran Lebih Murah Untuk Masa Menunggu Lebih Lama
  • Cara Dapatkan Resit Untuk Transaksi Grab Yang Lama
  • Grab Keluarkan Kadar Tambang Baharu Untuk Lembah Klang

Perlu diketahui, ciri ‘Quiet Ride’ bukanlah 100% bebas perbualan, namun akan diminimumkan dengan hanya berkomunikasi bagi perkara yang penting. Antaranya termasuk mengesahkan nama dan butiran perjalanan anda, bertanya soalan yang diperlukan serta bertanya khabar, selamat tinggal dan sebagainya.

Sebagai tambahan, Grab menyatakan tiada caj yang akan dikenakan untuk perkhidmatan ini. Untuk mengaktifkan ‘Quiet Ride’, berikut adalah langkah mudah yang perlu dilakukan.

Cara aktifkan Quiet Ride

1. Buka aplikasi Grab, dan pilih “Car” di bahagian menu utama.

2. Setelah itu, tambah destinasi dan pilih “Choose This Pick-Up” untuk mengesahkan lokasi untuk menjemput anda.

Grab Quiet Ride a

3. Di bahagian ini, pilih tiga titik dan tandakan pada “Quiet Ride”. Kemudian tekan “Update” untuk mengaktifkan ciri Quiet Ride dan tempah GrabCar seperti biasa.

Grab Quiet Ride b

Selesai. Pemandu yang ditugaskan untuk tempahan GrabCar akan dimaklumkan tentang pilihan anda. Mereka mungkin masih perlu mengesahkan butiran perjalanan anda, menjawab panggilan telefon atau memilih untuk menghidupkan radio atau muzik.

Anda juga boleh menyahaktifkan ciri ini pada bila-bila masa dengan melakukan proses yang sama seperti di atas.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY