Sebenarnya, ramai tidak sedar bahawa kita boleh membina PC (personal computer) tanpa komponen kad grafik (GPU) padanya. Nama lain bagi binaan ini adalah APU (accelerated processing unit) dan kita menggunakan GPU yang telah terbina pada CPU dalam binaan ini nanti.
Selain itu, GPU merupakan antara komponen binaan PC dengan harga yang paling mahal sekali. Oleh itu, anda dapat menggunakan bajet untuk GPU itu untuk mendapatkan komponen lain yang lebih kualiti dengan binaan APU ini.
Walau bagaimanapun, suka untuk saya tekankan binaan APU ini adalah satu build yang kasual. Ia bukanlah untuk mereka yang mahu satu pengalaman ‘gaming’ yang “ekstrem” tetapi cukup sekadar dapat merasai dan bermain sesebuah permainan video itu pada tetapan grafik lalai 1080p atau cukuplah untuk memenuhi nafsu gaming.
Jadi janganlah pembaca salah sangka dengan berharap binaan PC APU ini mampu memberi prestasi setanding binaan PC yang mempunyai komponen GPU. Hal ini kerana ciri utama binaan APU adalah bersifat mesra bajet kepada pengguna.
Komponen anda perlu tekankan dalam binaan PC APU ini adalah sudah tentu yang paling utamanya CPU, memori RAM, papan induk, storan, dan PSU (power supply unit),
Cip Pemprosesan (CPU)
AMD dan Intel menawarkan banyak pilihan CPU yang mempunyai GPU terbina di dalamnya. Yang membezakan antaranya adalah prestasi dan harga.
Sekiranya anda memilih CPU Intel, saya mengesyorkan generasi ke-11 dan ke atas yang menggunakan GPU Intel Iris Xe. Ia merupakan teknologi pemprosesan grafik yang baharu daripada Intel dan mempunyai prestasi yang baik serta ‘solid’.
Anda boleh dapatkan CPU Intel dengan Iris Xe dengan harga sekitar RM1,100 di pasaran ketika ini. Benar sekiranya anda berasakan yang harga tersebut agak mahal sedikit tetapi berbaloi dengan nilai, ciri ‘future proof’ nya, dan prestasi yang datang bersamanya.
Hal ini demikian, Intel Iris Xe baharu sahaja diperkenalkan pada 2020 dan anda akan mendapat satu kerugian sekiranya memilih CPU yang lebih murah dalam generasi sebelumnya. Biarpun CPU itu sangat sesuai dalam binaan PC APU seperti Intel i5-10600K, Intel Core i7-6700K, dan Intel Core i5 9400.
Manakala, AMD menawarkan pelbagai pilihan menarik dalam barisan produk terkininya. Oleh itu, saya sendiri lebih menggalakkan anda memilih CPU AMD dalam binaan ini berbanding jenama Intel.
Ryzen 5 5600G dan Ryzen 5 3400G merupakan pilihan CPU yang terbaik dari segi harga, prestasi dan nilainya.
Ryzen 5 5600G
Pilih kerana:
- Prestasi ‘gaming’ yang baik
- Penyejuk Wraith Stealth tersedia sekali
- Mesra bajet
- Kelajuan CPU sehingga 4.4GHz
- Mempunyai GPU yang terbina sekali di dalamnya
Ryzen 5 3400G
Pilih kerana:
- Mempunyai nisbah harga ke prestasi yang berbaloi
- Penyejuk AMD Wraith Spire tersedia sekali
- Kelajuan CPU sehingga 4.2GHz
- Mempunyai prestasi setanding i7-7700K
- Mempunyai GPU yang terbina sekali di dalamnya
Untuk pengetahuan anda, abjad ‘G’ dibelakang nama CPU-CPU AMD di atas bermaksud ia mempunyai unit pemprosesan grafik atau GPU yang terbina sekali di dalamnya.
Memori RAM
Walau bagaimanapun, sekiranya anda ada bajet yang lebih, anda boleh menaik taraf memori RAM anda dari segi saiz mahupun kelajuannya. Tetapi jangan risau kerana saiz 8GB tetap sahaja cukup untuk sebarang tugasan seperti ‘gaming’, profesional dan lain-lain.
Selain itu, anda boleh memilih RAM daripada jenama di bawah sekiranya anda tidak tahu nak pilih daripada jenama yang ada di pasaran:
- T-Force Delta
- ADATA XPG Spectrix
- Corsair Vengeance
- Kingston Fury Beast (Sebelum ini dikenali sebagai HyperX Fury RGB RAM)
- ZADAK MOAB
Papan Induk (Motherboard)
Apa yang penting adalah saiz atau dimensi fizikal untuk memuatkan papan induk tersebut dalam casis PC (casing) anda. Tetapi itulah yang membuatkan papan induk saiz Micro-ATX dan ATX sangat menarik kerana ia serasi dengan hampir kesemua casis PC yang ada dipasaran.
Jika anda memilih CPU daripada AMD dan mempunyai bajet lebih, anda boleh memilih papan induk B550 atau B450 yang mungkin sedikit mahal untuk binaan APU ini tetapi memberi nilai yang berbaloi.
Bagi pengguna yang berhasrat untuk memilih CPU Intel, anda boleh mencari pilihan papan induk yang sesuai untuk CPU anda melalui pautan ini.
Storan (M.2 NVMe SSD)
Terdapat 2 saiz utama untuk storan SSD (solid-state drive) – yang standard 2.5 inci Sata SSD dan yang lebih kompak M.2 SSD. Saya lebih mengesyorkan anda untuk memilih storan M.2 SSD kerana teknologi ini telah lama hadir dalam industri PC dan anda boleh mendapatkan pada harga yang berpatutan.
Sebagai contoh, saya menyenaraikan di bawah ini pilihan M.2 SSD dengan harga bawah RM200 untuk saiz sekitar 256GB / 250 GB:
- Kingston SSD NVME M.2 2280 250GB
- Kingston SSD NV1 SNVS M.2 2280 250GB
- ADATA SSD M.2 2280 PCIe NVMe S40G RGB XPG GAMING 256GB
- GIGABYTE M.2 2280 PCIE 3.0×4 NVME SSD 256GB
Tambahan lagi, mungkin anda boleh menambahkan satu lagi storan HDD untuk binaan APU ini. Ketika ini, anda boleh mendapatkan storan HDD 1TB dengan harga yang sama di bawah RM200 seperti storan Seagate Barracuda Dekstop HDD.
Bekalan Kuasa (PSU)
Berdasarkan artikel ini, PSU mempunyai pelbagai ‘rating’ yang mewakili kecekapan sesebuah PSU itu yang terdiri daripada Bronze hinggalah yang paling cekap, Titanium.
Selari dengan tahap kecekapan itu, harga sesebuah PSU itu juga akan bertambah. Oleh itu, binaan APU ini lebih baik dengan PSU dengan penarafan Bronze.
Hal ini demikian, PSU penarafan Bronze sudah lebih daripada cukup untuk membekalkan kuasa pada binaan PC APU ini. Malah, harganya juga jauh lebih mampu milik.
Dek kerana PSU merupakan antara komponen yang penting dan sukar untuk difahami, anda boleh membaca artikel INI untuk memahami komponen PSU.
Kesimpulannya
Binaan APU mempunyai beberapa kelebihan berbanding binaan PC yang menggunakan komponen GPU seperti:
- Mesra bajet
- Dapat meletakkan lebihan bajet untuk komponen lain
- Tidak perlu risau akan ketersediaan komponen GPU di pasaran
Berdasarkan pengiraan, anda boleh membina PC APU ini dengan bajet hanya sekitar RM2000-RM2500 sahaja tetapi tidak termasuk dengan komponen ‘peripheral‘ seperti tetikus, monitor dan papan kekunci.
Oleh itu, saya ingin mengesyorkan anda akan jenama MSI kerana ia merupakan jenama yang sangat versatil dan fleksibel dalam industri PC ini.
Hal ini demikian, MSI mempunyai hampir kesemua komponen PC yang anda perlukan untuk membina sebuah PC sama ada binaan APU mahupun sebaliknya.
Di samping itu, antara kelebihan dalam binaan APU ini adalah ia tersedia dan terbuka untuk sebarang penambahan mahupun naik taraf yang boleh anda buat pada masa hadapan.
Harga GPU pada ketika ini juga tidak begitu ‘mesra pengguna’ kerana masih belum lagi berada di paras normal untuk kad grafik yang baharu mahupun terpakai.
Tambahan lagi, jenama MSI ini juga tidak asing lagi dalam komuniti gamer di seluruh dunia kerana ia memang boleh dipercayai akan prestasi yang ditawarkan serta future proof.
Namun, jika anda tidak mahu pening kepala, MSI turut menawarkan binaan PC APU. Tekan pautan ini untuk membeli – https://invle.co/clbl76x
Jadi, anda patut mempertimbangkan binaan APU jika:
- Anda peminat tegar permainan video yang lama dan esukan
- Anda tidak mempunyai bajet yang besar untuk binaan penuh PC
- Anda memerlukan penyelesaian sementara sebelum menaik taraf binaan PC anda
- Anda okay dan selesa dengan pengalaman permainan pada tetapan grafik 1080p
Sekiranya anda ingin membuat full PC build, anda boleh rujuk artikel INI.
Beli PC APU atau komponen PC MSI di:
Shopee – https://invle.co/clbl7bf
Lazada – https://invol.co/clbl7bu