Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GPT 6 Sol Luna

GPT-6 Sol Dan Luna Rasmi, Harga API Turun Sehingga 50%

Diterbitkan September 23, 2026 oleh Amsyar Latif

OpenAI memperluaskan keluarga GPT-6 dengan memperkenalkan GPT-6 Sol dan GPT-6 Luna, dua model baharu yang membawa sebahagian peningkatan daripada GPT-6 Astra tetapi pada kos penggunaan lebih rendah.

Menurut OpenAI, kedua-dua model dibangunkan menggunakan pendekatan latihan yang serupa dengan Astra, dengan peningkatan dalam kerja profesional, ketepatan fakta, pengaturcaraan, penggunaan komputer dan gaya komunikasi.

Perubahan paling ketara ialah pada harga API. GPT-6 Sol kini 50% lebih murah berbanding harga promosi GPT-5.6 Sol, dengan kos input turun daripada AS$4 kepada AS$2 bagi setiap sejuta token, manakala output turun daripada AS$20 kepada AS$10.

GPT 6
GPT 6

GPT-6 Luna pula ditawarkan pada AS$0.10 bagi sejuta token input dan AS$0.50 bagi output, berbanding AS$0.20 dan AS$1.20 sebelum ini.

Dari segi prestasi, OpenAI mendakwa GPT-6 Sol membuat kira-kira separuh daripada jumlah kesilapan fakta berbanding GPT-5.6 Sol dalam penilaian dalaman syarikat.

GPT-6 Luna turut menunjukkan peningkatan, dengan OpenAI berkata model itu pada tahap penaakulan lebih tinggi mampu menyamai GPT-5.6 Sol pada kos sekitar satu per seratus.

Untuk tugasan pengaturcaraan, GPT-6 Sol mencatat 68.8% pada DeepSWE 1.1, berbanding Claude Fable 5 pada 69.9%, tetapi dengan kos setiap tugasan sekitar 80% lebih rendah berdasarkan perbandingan OpenAI.

GPT-6 Luna pula mencatat 66.6% dalam ujian sama.

Selain harga model yang lebih rendah, OpenAI turut menambah baik prompt caching untuk GPT-6.

Pembangun kini boleh menerima diskaun sehingga 90% bagi token input yang dibaca daripada cache, sekali gus membantu mengurangkan kos untuk ejen AI dan perbualan yang menggunakan konteks panjang secara berulang.

GPT-6 Sol dan Luna kini tersedia dalam ChatGPT Work dan Codex untuk pengguna Plus, Pro, Business, Enterprise dan Edu.

Pengguna Free dan Go pula boleh mengakses GPT-6 Luna melalui aplikasi desktop.

Buat masa ini, kedua-dua model tersebut masih belum tersedia dalam Chat biasa. Untuk pembangun, ia boleh diakses melalui API sebagai gpt-6-sol dan gpt-6-luna.

OpenAI menegaskan GPT-6 Astra masih kekal sebagai model paling berkuasa dalam keluarga GPT-6, manakala Sol dan Luna lebih ditumpukan kepada keseimbangan antara prestasi, kelajuan dan kos.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY