Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gorilla amare

Gorila Ketagih Dengan Telefon, Penjaga Zoo Khuatir Tidak Pandai Bergaul

Diterbitkan April 14, 2022 · Dikemas kini April 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Seekor gorila berusia 16 tahun bernama Amare di Lincoln Park Zoo didapati ralit apabila pengunjung menunjukkannya skrin telefon mereka untuk berkongsi foto dan video.

“Dia meluangkan lebih banyak masa di tempat kegemarannya, tampak seperti mahu berinteraksi dengan skrin dan kami nampak ada kelakuannya berubah,” terang Ross berkenaan gorila remaja itu yang suka duduk di tepi kaca.

Amare tinggal bersama 3 ekor lagi gorila sebaya dengannya. Namun, dia lebih memberi perhatian kepada pengunjung berbanding bergaul dengan rakan-rakannya.

Perkara ini telah memaksa pekerja meletakkan penghadang untuk menjarakkan pengunjung daripada kaca yang memisahkan mereka dengan tempat tinggal gorila-gorila ini.

Kakitangan zoo juga akan ‘campur tangan’ apabila Amare ‘terganggu’ dengan skrin.

gorila skrin amare
Amare di tempat kegemarannya. Sumber: Sun-Times

Jelas Stephen Ross, pengarah Pusat Kajian dan Pemuliharaan Beruk berkata ia mungkin telah menjadi satu kitaran — lebih tertarik Amare pada telefon mereka, lebih ramai orang mahu lakukannya,

Ini menjadi kekhuatiran pihak zoo kerana perkara ini boleh menganggu tumbesaran Amare yang sedang mendewasa. Antara perkara yang terkesan ialah dari segi pergaulannya.

Seusia remaja ini, penting bagi Amare untuk belajar berinteraksi dengan haiwan di sekelilingnya.

gorila skrin amare
Penghadang menjarakkan pengunjung dengan Amare. Sumber: Sun-Times

Hal ini kerana minggu lalu, Amare tampak seolah-olah tidak peka apabila rakannya mahu ‘bergaduh’, satu aktiviti biasa dalam kalangan haiwan untuk menunjukkan siapa lebih berkuasa.

Masalah perhatian Amare ini dilaporkan melarat sejak beberapa bulan lalu. Jika isu ini berlarutan, ini boleh membuatkannya menjadi mangsa buli haiwan yang lain.

Antara bahan yang pengunjung pertontonkan padanya termasuklah gambar Amare sendiri, swafoto, haiwan peliharaan dan keluarga mereka.

Ross juga mengakui mereka mahu mengelak gorila-gorila lain daripada turut sama terjebak seperti Amare sekarang.

Antara punca Amare bergelumang dengan masalah ‘ketagihan’ adalah disebabkan tempat kegemarannya di sebelah kaca.

Kata Ross lagi, “Kalau kita semua boleh bersepakat untuk buat yang terbaik untuk haiwan, jadi kita boleh tahan diri daripada tatal gambar sejam dengannya.”

Ross juga meminta orang awam bekerjasama dengan penjaga demi kesejahteraan dan kematangan Amare dalam menjadi seekor gorila dewasa.

Sumber: Chicago Sun-Times

Baca juga:

  • 13 Tahun Dulu, Pencipta Logo Android Bentang Rekaan Pelitup Mukanya Tapi Diketawakan Juri
  • Inilah Pencipta Logo Android, Wanita Dari Rusia Yang Tidak Dikenali Ramai
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY