GoPro atau DSLR Lebih Sesuai Digunakan Semasa Bercuti?

GoPro dan Digital Single Lens Reflex Camera (DSLR) menjadi antara aksesori penting setiap kali pergi bercuti. Boleh dikatakan setiap saat indah ingin diambil dan disimpan sebagai kenangan. Walaupun ketiga-tiga peranti tersebut mempunyai kelebihan tersendiri tetapi peranti manakah yang paling sesuai digunakan untuk semua aktiviti.

Sebelum anda membuat sebarang pilihan, tentukan dahulu fungsi yang bagaimana yang anda inginkan sama ada kualiti gambar, video atau sebagainya. Sekiranya anda inginkan imej yang berkualiti seperti jurugambar professional, DSLR adalah sebuah pilihan yang tepat, kerana teknologi yang dilengkapi dalam peranti ini memghasilkan imej luar biasa cantik.

Kapsyen: Kredit: thewirecutter.com


Menggunakan kamera DSLR anda boleh menetapkan "setting" bagi "aperture", "ISO", "shutter speed" serta boleh menukar lensa mengikut kesesuaian gambar yang ingin diambil.

Kapsyen: Kredit: enviragallery.com


Kapsyen: Kredit: enviragallery.com


Nick Woodman memperkenalkan GoPro pada tahun 2002. Ia memudahkan anda untuk melakukan aktiviti luar seperti menaiki gunung kerana reka bentuknya yang ringan, kecil dan mudah dibawa. Dengan menggunakan peranti ini anda bebas bergerak berbanding DSLR yang agak berat.

Selain itu, ia memudahkan anda untuk menangkap atau merakam gambar seseorang kerana saiznya yang kecil, menyebabkan orang lain tidak perasan kewujudan peranti ini. Ciri istimewa yang dilengkapkan dalam peranti ini, ialah kalis air. Anda masih boleh merakam gambar anda walaupun di dalam air. Fungsi ini tidak ada pada semua telefon bimbit mahupun kamera DSLR.

Peranti ini sesuai untuk merakam video aktiviti di daratan mahupun di dalam air. Ia juga terbina dengan wifi dan "night mode".

Berdasarkan ciri-ciri di atas anda boleh membuat perbandingan sama ada DSLR atau GoPro yang sesuai dengan aktiviti dan juga keperluan anda. Dua-dua mempunyai kelebihan dan fungsi yang tersendiri, bergantung kepada anda untuk membandingkannya.

Kapsyen: Kredit: nomadsnation.com


Sumber: nomadsnation.comcamerajabber.comenviragallery.comthewirecutter.com

 

Berkaitan