Google Telah Mempertontonkan Reka Bentuk Pixel 3 Secara Tidak Sengaja

Google pada hari ini telah mempertontonkan reka bentuk peranti telefon pintar mereka, Pixel 3 secara tidak sengaja melalui satu kiriman berkenaan tunjuk ajar berkaitan salah satu fungsi pada sistem beta Android P, menurut laporan Forbes. Imej berkenaan berjaya dikesan oleh pentiris yang mempunyai reputasi hebat, Slashleaks.


Kredit : Slashleaks


Jika diperhatikan kepada imej diatas, ia memaparkan sebuah peranti yang menggunakan hampir keseluruhan bahagian hadapannya sebagai paparan skrin. Ia merupakan sebuah telefon pintar tanpa sebarang bezel, takuk mahupun pengimbas cap jari padanya.

Dakwaan mengenai perkara ini ternyata mempunyai asasnya tersendiri. Ini kerana, sebelum ini Google juga pernah mengeluarkan satu lagi kiriman animasi berkenaan pemindahan data dan pada kiriman tersebut dapat dilihat sebuah peranti yang ketika itu tidak dapat dikenalpasti. Dan ternyata peranti tersebut adalah merupakan Google Pixel 2 XL.


Imej Animasi Google Pixel 2 XL (kiri) & Imej Sebenar Google Pixel 2 XL (kanan)


Menyedari kesilapan tersebut, Google telah mengalih keluar imej berkenaan namun perkara ini telah pun tersebar secara meluas di kalangan pemerhati industri di peringkat global. Sama-sama kita nantikan adakah benar peranti dalam imej tersebut adalah Google Pixel 3 atau tidak.

Sumber