Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store_2

Google Sedang Bangunkan Ciri Keselamatan Baru Bagi Lindungi Pengguna Android Daripada APK Berniat Jahat

Diterbitkan Jun 15, 2024 · Dikemas kini Jun 15, 2024 oleh ariff bukhari

Google Play store memang sudah tersedia dengan pelbagai ciri keselamatan untuk melindungi pengguna. Tetapi Google kini sedang membangunkan satu lagi ciri baharu sebagai satu lagi lapisan keselamatan untuk melindungi pengguna Android daripada APK berniat jahat.

Pada masa ini, jika Google Play mahu mengimbas APK yang anda cuba pasangkan ke dalam peranti, hanya satu amaran akan dipaparkan.

Jika pengguna ingin memintas amaran ini pula, mereka boleh sahaja mengetik “Install anyway.” Ini merupakan satu masalah kerana ia boleh membenarkan APK berniat jahat dipasang pada telefon anda.

Jadi, untuk mengatasi masalah itu, Google sedang membangunkan satu ciri keselamatan baharu di mana, anda akan perlu memasukkan PIN atau menggunakan pengesahan biometrik sebelum anda boleh memasang fail APK atau mengemas kini aplikasi dengannya.

Google Sedang Bangunkan Ciri Keselamatan Baru Bagi Lindungi Pengguna Android Daripada APK Berniat Jahat

Ciri ini belum ditawarkan secara langsung, tetapi ia dijangka akan ditawarkan kepada semua pengguna Android sedikit masa lagi.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • YouTube Sedang Cuba 2 Cara Baharu Dalam Usaha Sekat 'Adblock' Dan Aplikasi Pihak Ketiga

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY