Terbaru tentang peranti tersebut, Google secara tidak sengaja mendedahkan rekaannya secara tidak sengaja di laman web Google Canada. Ia dikatakan secara tidak sengaja kerana imej rekaan itu diletakkan di bahagian Nest Wifi yang terang-terang bukan sebuah peranti pintar.
Imej itu bukanlah sesuatu baharu disebabkan kita telah melihat janaan imej dari model 3D pada awal tahun ini. Ia diperlihatkan dengan warna hitam penuh, rekaan modul kamera petak, pengimbas cap jari belakang, serta lubang kamera tunggal pada kamera hadapan.
Jika ada sesuatu baharu yang boleh didapati melalui imej ini, ia adalah tarikh pada homescreen yang memaparkan "May 12". Ini mungkin tarikh pelancaran sepatutnya peranti ini ketika acara Google I/O. Dengan penangguhan pengenalannya, kita masih tidak tahu bilakah tarikh sebenar peranti tersebut.
Imej Pixel 4a ini kemudiannya telah dibuang dan memaparkan imej produk yang betul iaitu Nest Wifi.
Walaupun hanya sebentar sahaja diperlihatkan, apa yang penting ia sedikit sebanyak mengesahkan beberapa spekulasi tentang peranti ini terutamanya dari aspek rekaannya.
Sumber: Google Store Canada
Berkaitan
- Google Pixel 4a 5G Turut Diumumkan - Varian 5G Untuk Pixel 4a, Sepantas Pixel 5
- Pixel 4a (5G) Dan Pixel 5 Turut Diumumkan, Namun Hanya Hadir Menjelang Hujung Tahun Ini
- Kemaskini Sekuriti Oktober Merupakan Kemaskini Terakhir Google Pixel 2016
- Resolusi 1080p Sahaja Tapi Dikatanya 4K - Google Dilihat Tidak Jujur Dengan Kualiti Permainan Google Stadia
- Google Play Protect Kini Menyekat Pemasangan Aplikasi AnTuTu Benchmark
- Lepak Bersama Komuniti Google Pixel Malaysia - Peluang Berjumpa Dengan Xavier Naxa
- Peranti Pixel Lama Akan Dapat Fungsi Menarik Setiap Bulan Menerusi Kemaskini 'Feature Drop'
- Google Tawar Bayaran Tinggi Untuk Samsung Gunakan Google Assistant Dan Bukannya Bixby
- Chromecast Baharu Google Kini Hadir Dengan Antara Muka Google TV
- Pixel 4 Tidak Mempunyai Ciri Rakaman 4K Pada 60fps, Ini Adalah Alasan Google