Google Play Store Terima Kemas Kini Baru, Ini Cara Mengemas Kininya

Google Play Store, platfom yang menawarkan muat turun aplikasi-aplikasi telefon pintar Android telah pun menerima kemas kini terbaru. Versi terbaru Play Store kini adalah 29.1.10-21.

Secara default, tetapan kemas kini bagi Google Play Store adalah automatik dan biasanya anda tidak sedar pun kemas kini itu berlaku kerana Google Play Store adalah aplikasi tersedia dipasang dalam semua peranti Android

Namun begitu, boleh berlaku kegagalan kemas kini secara automatik itu menyebabkan peranti anda tidak menerima versi terbaru Play Store yang sepatutnya.

Jadi, anda boleh menyemak versi Google Play Store yang digunakan oleh peranti Android anda di bahagian Settings > About > Play Store Version.



Untuk mengemas kini Google Play Store pada peranti tersebut, anda bolehlah tap sahaja pada Update Play Store.

Selain itu, anda juga boleh memuat turun secara manual fail versi terbaru Google Play Store dan memasangnya ke dalam peranti Android anda (side loading).

Tetapi ia tidak disyorkan berikutan isu keselamatan dan privasi peranti.

Berdasarkan kepada semakan di laman sokongan Google pula, versi terkini Google Play Store adalah 29.2 yang dikemas kini pada 8 Februari 2022.

Jadi, mungkin sebahagian dari pengguna Android sudah pun mula menerima kemas kini terbaru ini yang ditawarkan secara berperingkat.

Google manyatakan, versi terbaru Google Play Store ini menambah baik beberapa ciri sedia ada dan ada penambahan ciri baru seperti penambahbaikan pada ciri Google Play Billing, Play Protect.

Juga tambahan ciri baru pada Play Pass dan Play Points programs serta Apps & Games.

Sumber: Google Support

Baca juga: