Tetapi untuk kes kali ini pula sebaliknya yang berlaku.
Google telah bertindak membuang dan menyekat 2 aplikasi ini dari ditawarkan dalam Play Store mereka iaitu Simple Keyboard dan LeafSnap tanpa memberikan sebab munasabah mengapa tindakan tersebut diambil.
Menurut pembangun aplikasi Simple Keyboard, berdasarkan kepada notifikasi yang diterimanya dari Google, beliau didakwa telah melanggar polisi dan perjanjian program pembangun Google.
Beliau berkongsikan emel yang diterimanya itu di laman Github.
Aplikasi Simple Keyboard merupakan aplikasi popular yang telah dimuat turun lebih daripada 1 juta kali pengguna Android. Google telah membuang aplikasi itu dari Play Store pada 28 Januari lalu.
Satu lagi aplikasi popular dengan muat turun oleh pengguna Android lebih daripada 3 juta kali yang dibuang dari Play Store oleh Google adalah LeafSnap.
Aplikasi yang menerima rating pengguna 4.9 bintang itu tersenarai sebagai antara 50 aplikasi pendidikan paling popular di kalangan pengguna di Amerika Syarikat.
LeafSnap membantui penggunanya mengenal pasti dan mendapatkan info tentang sesebuah tumbuhan u hanya dengan mengambil gambar tumbuhan tersebut.
Tindakan yang diambil Google ke atas 2 aplikasi tersebut membingungkan pembangunnya. Dijangkakan lebih ramai pembangun aplikasi akan terkesan menerima nasib yang sama ekoran sokongan komuniti yang kecil serta undang-undang yang tidak berpihak kepada mereka.
Sumber: Android Police
Baca juga: Buang Segera Aplikasi Pengesahan 2 Faktor Ini Selepas Dikesan Membawa Perisian Hasad Vultur
Berkaitan
- Aplikasi Pelayar Firefox Lite 2.0 Kini Ditawarkan Kepada Pengguna Android
- Aplikasi Pelayar Opera 65 Menambah Baik 3 Ciri Utama
- Google Kini Boleh Membuang Nombor Telefon, Alamat Pengguna Dari Hasil Carian
- Apple Store India Pertama Bakal Dibuka Tahun Hadapan
- Tetapan Penjimatan Tenaga Dan Memori Kini Tersedia Pada Pelayar Google Chrome
- Telefon Pintar Huawei, Vivo Tag Aplikasi Google Sebagai Trojan
- 9 Servis Ini Dijangka Akan Ditawarkan Apabila Apple Store Malaysia Rasmi Dibuka
- Google Dilaporkan Memberikan Ganjaran Lebih Kepada Pengeluar Telefon Pintar Supaya Tidak Prapasang Aplikasi Pihak Ketiga Ke Dalam Peranti Mereka
- Google Membatalkan Niat Mendedahkan Lebih 100 Ribu Imej X-ray Tubuh Manusia
- Pengguna EV Wajib Pasang Salah Satu Daripada 6 Aplikasi Ni