Google telah membuang lebih daripada 1,700 aplikasi yang membawa perisian hasad Joker dari Play Store.
Google menerusi laman blog keselamatan rasminya baru-baru ini telah memperincikan bagaimana perisian hasad Joker menyerang pengguna peranti Android dalam laporan yang bertajuk PHA Family Highlights: Bread (and Friends).
Jika anda masih ingat, perisian hasad Joker telah menyerang pengguna Android dengan membuat langganan perkhidmatan premium tanpa pengetahuan penggunanya.
Google memaklumkan, mereka telah membuang lebih daripada 1,700 aplikasi dari Play Store sebelum dimuat turun pengguna kerana terjejas dengan serangan Joker.
Walaubagaimanapun daripada jumlah itu, satu siri aplikasi berjaya melepasi Play Store seterusnya telah dimuat turun oleh pengguna sepertimana yang telah ditemui oleh penyelidik keselamatan dari CSIS Security Group, tahun lalu.
CSIS telah menemui sebanyak 24 aplikasi yang telah dimuat turun lebih daripada 470,000 kali sepanjang September tahun lalu.
Menurut Google, pembangun perisian hasad akan menawarkan aplikasi percuma kepada pengguna di Play Store terlebih dulu bagi membolehkan ia melepasi imbasan ciri keselamatan Play Protect.
Seterusnya apabila ia telah dimuat turun pengguna, pembangunnya akan menawarkan pula versi kemas kini pada aplikasi tersebut kepada pengguna.
Ketika itulah pengguna tanpa menyedari mereka telah turut memuat kemas kini aplikasi itu beserta dengan perisian hasad yang dibawanya.
Setelah selesai dipasang, perisian hasad itu pun mula beraksi dengan tanpa pengetahuan penggunanya bahawa mereka telah melanggan perkhidmatan premium dari aplikasi tersebut.
Sehingga kini, Google memaklumkan bahawa perisian hasad Joker masih lagi ancaman kepada pengguna Android. Ini kerana perisian hasad itu sentiasa berevolusi setiap masa.
Jadi pengguna Android dinasihati supaya sentiasa peka dan berwaspada pada setiap aplikasi yang dipasang ke dalam peranti pintar mereka.
Sumber: BleepingComputer
Berkaitan
- Google Telah Menghantar 12 Ribu Amaran Berkaitan Aktiviti Penggodam Menyerang Pengguna
- Polis Perancis Dan Avast Berjaya Menyekat Serangan Botnet Dan Perisian Hasad Yang Telah Menjangkiti 850,000 Komputer
- Akhirnya Rekod Kelajuan Muat Turun iPhone 14 Pro Max Di Atasi 2 Telefon Pintar Android Ini
- Astro Bertindak Ke Atas Penjual Kotak TV Android Dengan Kandungan Astro Tidak Sah
- Penggodam Menjadikan Perisian Hasad Yang Dibangunkan Mereka Semakin Sukar Dikesan Penyelidik Keselamatan Komputer
- Perisian ZIP Popular Di Windows Ini Didapati Alami Isu Keselamatan
- Ini Cara Untuk 'Hilang Dari Radar' WhatsApp Ketika Anda Masih Online Di Telefon Pintar Android
- Jangan Muat Turun Aplikasi Palsu Samsung Ini Dari Google Play Store
- Perisian Anti-Virus Terbaik Setakat Ogos 2020 Menurut AV Comparatives
- Ini Senarai Peranti Xiaomi, Redmi Dan Poco Yang Dijangka Akan Terima Naik Taraf Android 13 Nanti