Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lagi Aplikasi Android Didapati Mengandungi Perisian Hasad “Joker”

Google Memperincikan Bagaimana Perisian Hasad Joker Menyerang Pengguna Peranti Android

Diterbitkan Januari 13, 2020 · Dikemas kini Januari 13, 2020 oleh ariff bukhari

Google telah membuang lebih daripada 1,700 aplikasi yang membawa perisian hasad Joker dari Play Store.

Google menerusi laman blog keselamatan rasminya baru-baru ini telah memperincikan bagaimana perisian hasad Joker menyerang pengguna peranti Android dalam laporan yang bertajuk PHA Family Highlights: Bread (and Friends).

Jika anda masih ingat, perisian hasad Joker telah menyerang pengguna Android dengan membuat langganan perkhidmatan premium tanpa pengetahuan penggunanya.

Google memaklumkan, mereka telah membuang lebih daripada 1,700 aplikasi dari Play Store sebelum dimuat turun pengguna kerana terjejas dengan serangan Joker.

Walaubagaimanapun daripada jumlah itu, satu siri aplikasi berjaya melepasi Play Store seterusnya telah dimuat turun oleh pengguna sepertimana yang telah ditemui oleh penyelidik keselamatan dari CSIS Security Group, tahun lalu.

CSIS telah menemui sebanyak 24 aplikasi yang telah dimuat turun lebih daripada 470,000 kali sepanjang September tahun lalu.

Menurut Google, pembangun perisian hasad akan menawarkan aplikasi percuma kepada pengguna di Play Store terlebih dulu bagi membolehkan ia melepasi imbasan ciri keselamatan Play Protect.

Seterusnya apabila ia telah dimuat turun pengguna, pembangunnya akan menawarkan pula versi kemas kini pada aplikasi tersebut kepada pengguna.

Ketika itulah pengguna tanpa menyedari mereka telah turut memuat kemas kini aplikasi itu beserta dengan perisian hasad yang dibawanya.

Setelah selesai dipasang, perisian hasad itu pun mula beraksi dengan tanpa pengetahuan penggunanya bahawa mereka telah melanggan perkhidmatan premium dari aplikasi tersebut.

Sehingga kini, Google memaklumkan bahawa perisian hasad Joker masih lagi ancaman kepada pengguna Android. Ini kerana perisian hasad itu sentiasa berevolusi setiap masa.

Jadi pengguna Android dinasihati supaya sentiasa peka dan berwaspada pada setiap aplikasi yang dipasang ke dalam peranti pintar mereka.

Sumber: BleepingComputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Implan Wayarles Kurangkan Gula Dalam Darah
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
©2026 WISER.MY