Kini, satu lagi perisian hasad dikenal pasti berada dalam 24 buah aplikasi yang disenaraikan didalam Google Play Store. Dikenali sebagai 'Joker', perisian ini dikatakan dibangunkan dengan fungsi membuat langganan perkhidmatan premium tanpa pengetahuan pengguna.
Menurut penganalisis perisian hasad dari CSIS Security Group, Aleksejs Kuprins memberi contoh, Jika di Denmark, Joker boleh membuat langganan kepada perkhidmatan bernilai 50DKK (~RM30) seminggu. Ia menggunakan kaedah mengautomasikan interaksi dengan laman web perkhidmatan premium, memasukkan kod tawaran, kemudiannya menunggu SMS kod pengesahan dan mengekstraknya . Seterusnya, kod yang diekstrak itu akan dihantar kepada laman perkhidmatan premium tersebut untuk membenarkan langganan dibuat.
Difahamkan Google telah membuang sejumlah 24 aplikasi yang terkandung dengan Joker dimana beberapa daripadanya dikatakan sudah dimuat turun lebih dari 100,000 kali dari Google Play Store. Aplikasi yang didakwa terlibat adalah seperti dibawah;
- Advocate Wallpaper
- Age Face
- Altar Message
- Antivirus Security - Security Scan
- Beach Camera
- Board picture editing
- Certain Wallpaper
- Climate SMS
- Collate Face Scanner
- Cute Camera
- Dazzle Wallpaper
- Declare Message
- Display Camera
- Great VPN
- Humour Camera
- Ignite Clean
- Leaf Face Scanner
- Mini Camera
- Print Plant scan
- Rapid Face Scanner
- Reward Clean
- Ruddy SMS
- Soby Camera
- Spark Wallpaper
Sekiranya anda ada memuat turun aplikasi ini pada peranti, dinasihatkan agar membuangnya segera.
Sumber: CSIS
Berkaitan
- Intel Malaysia Lancar Sistem SC4U Untuk Pelajar Universiti
- Nokia 8 Dijual Pada Harga Promosi Sempena Tahun Baru Cina
- Jualan Telefon Pintar Xiaomi Meningkat 9% Bagi Suku Pertama 2020
- Pengasas Apple, Steve Wozniak Saman Google Dan YouTube
- Celcom Umum Gangguan Perkhidmatan Pada 4 Ogos Ini
- U Mobile Tawar Video Streaming Secara Percuma Untuk Penggunaan Facebook, Netflix Dan Juga Twitter
- Perancis Haramkan Penggunaan Telefon Pintar Di Sekolah
- OPPO Find X Boleh Dimiliki Pada Harga Serendah RM1699
- Janna Nick Dilantik Sebagai Duta Rasmi Vivo V7+
- Razer Phone 2 Selamat Mendarat Di Malaysia Dengan Harga RM3449