Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
download-google-play-store-1 (1)

Google Membuang Aplikasi Popular Peminat K-Pop Ini Dari Play Store, Pembangun Mahu Mengambil Tindakan Undang-Undang

Diterbitkan Ogos 9, 2021 oleh ariff bukhari

Google dilaporkan telah membuang aplikasi ‘Whosfan‘ daripada ditawarkan di Play Store atas alasan hakcipta yang berkaitan dengan kandungan video dan audio di dalam aplikasi tersebut

Aplikasi yang dibangunkan oleh Hanteo Global itu dilaporkan telah dibuang daripada Play Store pada 2 Ogos lalu.

Ekoran itu, pihak Hanteo Global telah membuat permohonan rayuan kepada Google dengan menyatakan bahawa kesemua kandungan video dan audio di dalam aplikasi mereka itu sudah dilesenkan untuk digunakan.

Walaubagaimanapun, Google respon dengan memaklumkan bahawa pihak mereka tidak akan kembalikan semula aplikasi tersebut di Play Store serta menyatakan kedudukan akaun pembangun Hanteo Global tidak terjejas.

Ini bermakna, Hanteo Global masih boleh menawarkan aplikasi baru ke dalam Google Play Store.

Screenshot 2021-08-09 at 21.51.52

Namun begitu, pihak Hanteo Global dilaporkan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Google kerana mendakwa tindakan Google membuang aplikasi itu telah menyebabkan 4 juta pengguna aplikasi Whosfan terpaksa mendaftar semula dengan aplikasi tersebut.

‘Whosfan‘ adalah sebuah aplikasi yang mengumpulkan para peminat K-Pop diseluruh dunia untuk mengikuti artis K-Pop kegemaran mereka yang dilengkapi pelbagai ciri seperti mengundi artis kegemaran serta menerima info-info terbaru artis K-Pop.

Sumber: AllKpop

Baca juga: 60 Aplikasi Android Dikesan Telah Dijangkiti Perisian Hasad ‘BearClod’, ‘Haken’ Dan ‘Joker’

Baca juga: Aplikasi Android Bakal Guna Format Baharu, Tiada Lagi APK

8 Aplikasi Android Ini Didapati Membawa Perisian Hasad Joker

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY