Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maps watch

Google Maps Kembali Ditawarkan Pada Apple Watch

Diterbitkan Ogos 11, 2020 · Dikemas kini Ogos 11, 2020 oleh Amalina Athman

Setelah dikeluarkan dari iOS untuk Apple Watch pada tahun 2017, Google kini kembali menawarkan Maps pada jam pintar itu bersama sokongan untuk Apple CarPlay Dashboard.

Maps Apple Watch

Dengan menawarkan kembali Google Maps pada Apple Watch, ia dapat membantu pengguna untuk menavigasi kereta, basikal, jalan kaki atau menggunakan kenderaan awam. Aplikasi ini turut menyediakan ETA dan penunjuk arah untuk destinasi yang telah disimpan.

Sementara, pengguna perlu memulakannya dari telefon bagi lokasi yang masih belum disimpan dan kemudian menyambungnya dengan menggunakan Apple Watch.

Google Maps Kembali Ditawarkan Pada Apple Watch

Dalam pada itu, Google turut menambah sokongan Maps untuk Apple CarPlay Dashboard, yang membolehkan pengguna mengawal muzik, podcast dan audiobooks. Semakan temujanji di kalendar juga boleh dilakukan tanpa perlu meninggalkan navigasi Google Maps yang menjadikan paparan skrin terbahagi kepada dua (split screen).

Menurut Google, Maps pada CarPlay Dashboard akan mula dilepaskan pada minggu ini. Manakala bagi Apple Watch pula akan dilepaskan secara global dalam beberapa minggu lagi.

Sumber: Google via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY