Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-02-02T105404.694

Google Bard Akhirnya Boleh Jana Gambar AI

Diterbitkan Februari 2, 2024 ยท Dikemas kini Februari 2, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, Google Bard yang merupakan salah satu chatbot dengan sokongan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah menambah satu ciri terbaru yang membantu penggunanya mencipta sesuatu gambar hanya dengan gesaan teks.

Sehubungan dengan itu, Google juga menegaskan gambar yang terhasil itu akan disertakan tera air yang akan diterapkan dalam piksel gambar tersebut bagi membuktikan ia adalah gambar yang dijana oleh kecerdasan buatan.

Gambar di bawah adalah contoh daripada kami sebagai percubaan pertama ciri text-to-image daripada Google Bard Experiment ini dengan menggunakan arahan yang agak mudah biarpun dalam bahasa Melayu.

Screenshot 2024-02-02 104003
Screenshot 2024-02-02 104202

Namun begitu, setiap kebolehan itu pasti ada had mereka yang tersendiri dan untuk Bard versi percubaan ini masih lagi belum boleh menerima arahan yang terlalu rumit seperti gambar di bawah.

Atau mungkin arahan yang dilakukan tidak cukup jelas, sekali gus AI tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan.

Screenshot 2024-02-02 104132

Walau bagaimanapun, kecerdasan buatan ini juga mampu untuk membezakan sesuatu perkara itu sama ada ia baik ataupun buruk yang dimana bagus sebagai peringatan tentang bahaya di sekeliling.

Screenshot 2024-02-02 105801

Bagi anda yang berminat untuk meneroka teknologi kecerdasan buatan ini, sila layari laman rasmi Google Bard Experiment.

{suggest}

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY