Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Labur RM4 Bilion Di India Untuk Turunkan Kos Telefon Pintar

Posted on Februari 4, 2022Februari 4, 2022

Google melalui kenyataan mereka minggu lalu mengatakan akan melabur $700 juta (~RM3 bilion) dalam syarikat telekomunikasi kedua terbesar di India, Bharti Airtel. Jumlah tambahan $300 juta (~RM1.3 bilion) pula akan dimanfaatkan untuk perjanjian akan datang.

Mereka dijangka akan bekerjasama dalam perkhidmatan 5G dan awanan di negara tersebut selain turut akan berusaha menurunkan kos peranti pintar.

Sundar Pichai yang merupakan CEO Alphabet dan Google berkata pelaburan dalam Bharti Airtel adalah usaha berterusan mereka dalam meningkatkan kadar capaian terhadap telefon pintar, meningkatkan keterhubungan untuk menyokong model perniagaan baharu dan membantu syarikat dalam menempuhi digitalisasi.

Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan, begitulah India dalam menerima pelabur luar. Tidak seperti China, syarikat-syarikat gergasi dari Amerika Syarikat seperti Facebook, Amazon dan Netflix telah membelanjakan berbilion-bilion dolar dalam memperluaskan operasi mereka di India.

Bharti Airtel sekarang mempunyai hampir setengah bilion pelanggan di 17 negara merentasi Asia Selatan dan Afrika.

Sumber: CNN

Baca juga:

  • Google Meminta Pelanggan Beralih Kepada Servis Langgan Berbayar Google Workspace Bermula 1 Mei 2022
  • Anda Dah Boleh Letak ‘Watermark’ Di Google Docs, Begini Caranya
  • Google Disaman, Dikatakan Menipu Iklan Testimoni Positif Pixel 4

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress