Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google play store

Google Kemas Kini Ciri Privasi Aplikasi Android, Mudahkan Anda Padam Akaun

Diterbitkan Jun 18, 2024 · Dikemas kini Jun 18, 2024 oleh ariff bukhari

Bukanlah rahsia stor Google Play mengumpulkan pelbagai jenis data penggunanya seperti nama, alamat e-mel dan maklumat peribadi yang lain. Malah ia turut mengumpulkan data lokasi, penggunaan data dari aplikasi lain dan banyak lagi.

Google memang sentiasa melakukan pelbagai peningkatkan keselamatan terhadap gedung aplikasinya bagi menjaga dan menjamin keselamatan data penggunanya.

Jadi, kini mereka memberikan pula kemudahan untuk anda memotong akses terhadap pembangun aplikasi kepada data peribadi anda ke arah kawalan data dengan lebih baik.

Pengurus Sokongan Produk Google Play, Andy B menerangkan cara baharu untuk memadamkan akaun yang tidak diingini dan data berkaitan daripada aplikasi sebelumnya yang telah dimuat turun oleh orang ramai, walaupun selepas mereka memadamkannya.

“Sekarang, untuk aplikasi yang membolehkan anda mencipta akaun dari dalam, anda akan melihat “Data deletion” dalam bahagian Data safety apabila menatal ke bawah dalam Google Play.”

Google Kemas Kini Ciri Privasi Aplikasi Android, Mudahkan Anda Padam Akaun

Jadi, di sana anda boleh menekan pautan yang akan membawa anda ke laman sesawang pembangun untuk meminta keseluruhan akaun anda dipadamkan atau hanya mempunyai data tertentu, seperti sejarah aktiviti dan transaksi dipadamkan.

Dengan ciri baharu ini, ia memudahkan kepada kedua-dua pihak, antara pembangun dan pengguna persetujuan untuk berkongsi maklumat dan membatalkan persetujuan yang sama.

Tetapi, jika anda tidak memadamkannya, pembangun aplikasi mungkin akan terus mengakses data tersebut, walaupun selepas anda memadamkan aplikasi mereka dari peranti anda.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Google Sedang Bangunkan Ciri Keselamatan Baru Bagi Lindungi Pengguna Android Daripada APK Berniat Jahat

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY