
Kini, lebih banyak pembangun termasuk Spotify, Epic Games, Basecamp, Match Group, Tile, Blix dan Deezer dilihat telah membentuk satu gabungan iaitu Coalition for App Fairness. Berdasarkan tinjauan di laman Coalition for App Fairness, ia menyatakan,
"We believe that every app developer is entitled to fair treatment and that every consumer should have complete control over their own device. Our App Store Principles will ensure a level playing field for platforms like Apple and a consistent standard of conduct across the app ecosystem."
Antara isu yang dibangkitkan adalah tiada kebebasan kepada pengguna serta mengenai Apple yang telah menerima keuntungan lebih $15 bilion setahun daripada 30% komisyen yang dikenakan pada setiap aplikasi.
Seharusnya, Apple perlu memberi pilihan kepada pembangun untuk berkomunikasi secara terus dengan pengguna melalui aplikasi dan tidak sepatutnya kedai aplikasi mengenakan cas yang tidak masuk akal.
Dalam pada itu, Coalition for App Fairness turut mengalu-alukan mana-mana syarikat atau industri tanpa mengira saiz untuk menyertai gabungan itu.
Sumber: Coalition for App Fairness via The Verge
Berkaitan
- Kebergantungan Pemasangan Sebilangan Besar Produk Di China Mungkin 'Menjerat' Apple
- WhatsApp Kembalikan Tempoh Lebih Lama Untuk Padam Mesej Yang Dihantar
- WhatsApp Kini Bolehkan Ahli 'Group' Keluar Secara Senyap
- WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Pindahkan Chat Antara Peranti iOS Dan Android
- Apple Daftar Model Baru MacBook Di Eurasian Economic Commission
- Pengguna WhatsApp Kini Boleh Sembunyi Status 'Online', Ini Caranya
- Cara Dapatkan Langganan Apple Music Dengan Harga Pelajar
- TSMC Rancang Mahu Naikkan Harga Cip, Apple Dilapor Tidak Bersetuju
- Apple Perkenal Laman iCloud Dengan Rekaan Antara Muka Baharu
- MacBook Pro, MacBook Air Dan Mac mini Dengan Cip Apple M1 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia