Sejak diperkenalkan, fungsi tersebut menjadi popular dan menurut Google, lebih dari 45 juta muat turun laman web telah dilakukan pengguna Chrome pada setiap minggu.
Justeru itu, pihak Google melihat fungsi itu perlu dipertingkatkan dengan menambah beberapa ciri yang bakal memudahkan lagi penggunan memuat turun.
Antara ciri terbaru adalah, tekan lama mana-mana pautan dan pilih " Download Link".
Ciri ini juga terdapat bila anda tekan lama pada artikel cadangan pada halaman tab baru.
Selain itu, jika anda berada pada halaman luar talian 'Dinasour', anda akan lihat butang "Muat turun halaman kemudian".
Sekiranya anda tekan butang tersebut, pelayar Chrome akan memuat turun halaman itu secara automatik apabila peranti sudah bersambung dengan internet.
Akhir sekali adalah, apabila anda membuka tab yang baru, artikel yang telah dimuat turun akan ditanda dengan 'lencana luar talian'.
Turut dipaparkan adalah senarai muat turun terbaru bagi memudahkan anda mengaksesnya.
Kini anda tak perlu risau jika tiada sambungan internet kerana anda boleh memuat turun keseluruhan laman web dan membacanya secara luar talian.
Tekan pautan ini untuk kemaskini Google Chrome untuk Android.
Sumber: Google
Berkaitan
- Spotify Premium Percuma Untuk 6 Bulan Dengan Pelan Pascabayar Unlimited Hero P79 Yang Baru
- Senarai Peranti Yang Bakal Terima EMUI 10 Berasaskan Android Q
- Mesin Basuh Keluaran Samsung Pula Dilaporkan Meletup
- Google Sedang Berusaha Untuk Membangunkan Telefon Pintar Boleh Lipat
- Facebook Uji Ciri Face ID Untuk Aplikasi Messenger
- Google Pixel 4 Bakal Hadir Dengan Tiga Warna Pilihan
- Microsoft Membawakan Ciri Tab Untuk Aplikasi Windows 10
- Video Perlihatkan Bagaimana Peranti Digodam Melalui Google Assistant Dan Siri
- Pemuda Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Lebih Dari 60kg Dengan Bermain Pokemon Go
- Messenger Kids - Aplikasi Pemesejan Facebook Untuk Kanak-kanak