Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-11-28T142619.169

‘Extension’ Microsoft 365 Tamat Januari 2024, Ini Cara Buang Dari Pelayar

Diterbitkan November 28, 2023 oleh Muhd Idham

Untuk pengetahuan pengguna Microsoft di luar sana, extension pelayar Microsoft 365 yang dahulunya dikenali sebagai extension pelayar Office untuk platform Microsoft Edge dan Google Chrome dilaporkan akan menamatkan perkhidmatannya pada 15 Januari 2024.

Peranan sambungan ini bertujuan untuk memudahkan pengguna mengakses dokumen daripada aplikasi Microsoft 365 seperti Microsoft Word, Excel, Power Point dan lain-lain secara terus menerusi laman web.

Pihak Microsoft menegaskan bahawa extension ini tidak akan menerima sebarang kemas kini keselamatan atau bukan keselamatan, pembetulan pepijat mahupun sokongan teknikal selepas tarikh yang telah ditetapkan.

Cara buang Microsoft 365 dalam Microsoft Edge

Apabila anda membuka platform Microsoft Edge dan log masuk dengan akaun Microsoft, pilih ikon extension seperti yang ditunjuk dalam gambar di bawah.

me 365

Seterusnya, tekan tiga titik yang bersebelahan dengan extension Microsoft 365 dan tekan pilihan “Remove from Microsoft Edge“.

Cara buang Microsoft 365 dalam Google Chrome

Sama seperti platform Microsoft Edge, anda hanya perlu lakukan perkara sehingga tekan tiga titik dan tekan pilihan “Remove from Chrome“.

chrome 365

Sehubungan dengan itu juga, extension ini juga akan dipadamkan daripada web store Microsoft Edge dan Google Chrome kelak.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Neuralink Dapat Dana Lagi Sebelum Ujian Ke Atas Manusia Dijalankan
  • Tindakan Agensi Pos Sweden Undang Kemarahan Tesla
  • AC Syndicate Percuma Untuk Masa Terhad, Ini Cara Tebus

Sumber: Microsoft Support

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY