Golongan Berusia 65 Tahun Ke Atas Gemar Kongsi Berita Palsu - Pengkaji

Penyebaran berita palsu adalah sesuatu yang amat merisaukan kerana ia boleh mendatangkan akibat yang tidak terduga. Malah, kerajaan Malaysia sebelum ini pernah mewarta Akta Antiberita Tidak Benar 2018  sebelum dimansuhkan pada Ogos tahun lalu.

Pasti ramai yang menjangkakan anak muda menjadi golongan yang melakukan keselahan tersebut memandangkan mereka lebih kerap berada di laman media sosial.

Hakikatnya, golongan warga emas berusia 65 tahun sebenarnya lebih banyak berkongsi berita palsu(di Facebook) berbanding kumpulan usia lain. Fakta ini dibuktikan melalui satu kajian yang dibuat oleh pengkaji di universiti-universiti di New York dan Princeton.

Kapsyen: Adweek


Menurut kajian berkenaan, golongan warga emas cenderung untuk berkongsi berita terutamanya mengenai politik tanpa memeriksa kebenaran berita itu terlebih dahulu.

Antara berita palsu yang sering disebarkan ialah berkenaan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sejak beliau memegang tampuk kepimpinan negara tersebut pada 2016.

Walaupun kajian ini dijalankan di Amerika Syarikat, tidak mustahil perkara yang sama berlaku di negara-negara lain termasuk Malaysia.

Oleh itu, suka kami ingatkan semua pembaca untuk memeriksa terdahulu tahap kebenaran sesuatu berita sebelum disebarkan di media sosial.

Untuk memeriksa, anda boleh ke laman sesawang sebenarnya.my.

 

Sumber: The Verge