Kajian dari sebuah institusi JAMA Cardiology menunjukkan Apple Watch adalah jam pintar yang mempunyai bacaan kadar degupan jantung yang paling tepat berbanding jam pintar yang lain di pasaran.
Kajian yang telah dijalankan di Cleveland Clinic telah membuat beberapa ujian dengan menggunakan orang dewasa yyang berumur 50 tahun. Mereka perlu berjalan dan berlari di atas 'treadmill' sementara degupan jantung mereka disukat menggunakan electrocardiogram. Lalu mereka membezakan antara jam pintar seperti Apple Watch, Fitbit Charge HR, Mio Alpha dan Basis Peak.
Dilaporkan jam pintar Basis Peak telah ditarik balik oleh syarikat pengeluaran kerana menghadapi masalah 'overheat' dan menyebabkan kulit pengguna melecur. Adik-beradik Note 7.
Menurut kajian tersebut, Apple Watch adalah jam pintar yang memberikan sukatan yang 90% tepat dan konsisten berbanding yang lain. Dr. Gordon Blackburn menambah, aktiviti pada kadar yang lebih tinggi, sesetengah jam pintar langsung tidak menunjukan bacaan yang betul. Beliau juga memberitahu sebuah jam pintar harus mempunyai sentuhan penuh antara 'photosensing cell'. Ketika pengguna melakukan aktiviti yang lebih sukar, akan terdapat lantunan. Sentuhan jam dan permukaan tangan anda akan hilang sedikit demi sedikit.
Jadi apa yang kita belajar tentang isu kali ini. Kebanyakkan jam pintar di pasaran yang murah langsung tidak tepat dari segi bacaan degupan jantung, jarak perjalanan dan lain-lain. Hal ini akan menyebabkan bacaan jam tidak selaras dengan keupayaan badan dan mungkin akan mendatangkan masalah kelak,
Walaubagaimana pun, kajian ini tidak menyenaraikan Android Wear dan jam pintar Tizen. Mungkin kita bakal melihat persaingan yang lebih hebat di masa depan kelak,
Berkaitan
- Honor Malaysia Mahu Hadiahkan Satu-Satunya Note 10 Di Malaysia Kepada Seorang Pemenang Bertuah
- Khabar Angin Tentang OnePlus 4
- HTC Bolt Akan Dipasarkan Menggunakan Nama HTC 10 Evo
- Hyper Boost - Teknologi Untuk Mempertingkan Keupayaan & Prestasi Peranti Dari OPPO
- Aplikasi Lifelog Dari Sony Mampu Menganalisis Jumlah Kalori Makanan Anda
- Singapore Airlines Bakal Pecahkan Rekod Dunia Untuk Penerbangan Paling Jauh & Lama
- Laman Web BurgerKatMane - Sesuai Untuk Penggemar Burger Jalanan
- Google Melewatkan Pelancaran Android Wear 2.0 Ke Tahun Depan
- Sony Memperkenalkan PlayStation Classic - Versi PsOne Yang Lebih Kecil
- Huawei Mate 20 Pro, Matebook X Pro, Watch GT - Bagaimana 3 Gajet Ini Menjadikan Percutian Anda Lebih Selesa