Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro Go SHop Happy Together

Go Shop Ada Diskaun Menarik Bulan Ini Sempena Ulang Tahun Ke-7

Diterbitkan November 1, 2021 · Dikemas kini November 1, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Industri e-dagang dan aktiviti pembelian dari dalam talian sedia diketahui semakin meningkat dari tahun ke tahun dan naik mendadak semenjak pandemik menyerang seluruh dunia. Platform seperti Go Shop antara nama yang dikenali rakyat Malaysia kini mencapai tahun ketujuh dan sebuah kempen bersempena ulang tahunnya diadakan menerusi “Happy Together”.

Kempen sambutan ulangtahun ini menawarkan baucar bernilai RM7 juta, selain diskaun sehingga 80% dan tawaran-tawaran istimewa pada setiap minggu, bermula dari 1 November ini hingga 30 November 2021. Tawaran-tawaran ini termasuklah alat peralatan memasak, barangan perabot, set peralatan tidur dan lain-lain.

Sepanjang berlangsungnya kempen ini, pelanggan juga ditawarkan diskaun sehingga RM77 apabila mereka berbelanja RM650 dan ke atas. Selain itu, menerusi aplikasi Go Shop, pelanggan juga boleh dapatkan baucar diskaun sebanyak RM7 pada setiap hari dari 1 hingga 7 November dan menyertai permainan “Happy Spin & Win Game” dari 17 hingga 30 November 2021 untuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM170,000.

Saluran Go Shop boleh ditonton setiap hari dengan Go Shop RUUMA di saluran 118, GAAYA di 120 dan BAARU di 111 serta saluran 120 di MYTV. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke SINI atau muat turun aplikasi Go Shop di Google Play dan App Store.

Sumber: Siaran Akhbar Go Shop

Baca juga:

  • Elak Penipuan dalam Talian, Digital ID Akan Dilaksana Sepenuhnya Pada 2024
  • Permainan Squid Game “Sebenar” Akan Dimainkan Di Abu Dhabi
  • HUAWEI Adakan Promosi Bulan November, Diskaun Sehingga 90%

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY