Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gigabyte RX 6400 Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM869

Gigabyte RX 6400 Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM869

Diterbitkan April 22, 2022 oleh Firdaus

Gigabyte telah melancarkan kad grafik AMD Radeon RX 6400 pada 20 April 2022. Dalam pelancaran tersebut, Gigabyte menampilkan 2 variasi kad grafik iaitu Gigabyte Radeon RX 6400 Eagle 4G dan Radeon RX 6400 D4.

Radeon RX 6400 Eagle 4G merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang fokus kepada permainan PC. Manakala, Radeon RX 6400 D6 mempunyai bentuk unik dan fleksibel untuk dipadankan dalam apa-apa jenis chassis.

Gigabyte Radeon
Gigabyte AMD Radeon RX 6400 Eagle 4G

Selain itu, kedua-dua kad grafik ini telah dilengkapi dengan sistem penyejukan Windforce daripada Gigabyte untuk memberi prestasi ‘gaming’ pada 1080p yang memberangsangkan.

Anda sudah boleh mendapatkan kedua-dua kad grafik Gigabyte Radeon RX 6400 dipasaran sekarang. Ia akan dijual dengan tanda harga bermula dari RM869 untuk kedua-dua model tersebut.

Anda boleh membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat lanjut akan AMD Radeon RX 6400.

Sumber: Siaran Akhbar Gigabyte

Baca juga:

  • Intel Gen-12 Laku Keras, AMD Terpaksa Kurangkan Harga Ryzen Siri 5000
  • RX 6950 XT Mungkin Akan Jadi GPU ‘Mainstream’ Paling Mahal
  • 3 Jenama Besar Telah Turunkan Harga Kad Grafik Mereka

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY