Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GIGABYTE AORUS

GIGABYTE Lancar Siri GPU GeForce RTX 4060 Ti

Diterbitkan Mei 25, 2023 oleh Firdaus

GIGABYTE pada hari ini melancarkan barisan kad grafik komputer bagi siri NVIDIA GeForce RTX 4060 Ti yang dikuasakan seni bina ADA Lovelace.

GIGABYTE Launches the GeForce RTX 4060 Ti

Untuk pengetahuan anda, barisan GPU GIGABYTE GeForce RTX 4060Ti dilengkapi teknologi ray-tracing generasi ketiga, NVIDIA DLSS 3, ENCODER (NVENC) generasi kelapan dan banyak lagi.

GIGABYTE menawarkan 4 model utama bagi siri NVIDIA GeForce RTX 4060 Ti – AORUS, GAMING OC, AERO OC, dan EAGLE OC series.

Siri AORUS GeForce RTX 4060 Ti menawarkan rekaan GPU dengan 3 bilah kipas untuk membantu pengudaraan yang lebih cekap. Selain itu, GPU ini menggunakan bahan ULTRA DURABLE dan mempunyai salutan PCB gred aeroangkasa untuk menambah jangka hayat.

Selain itu, siri GAMING OC, AERO OC, dan EAGLE OC hadir dengan sistem penyejukan WINDFORCE, bahan komponen ULTRA DURABLE dan juga rekaan yang cemerlang.

Berkaitan

  • OPPO Lantik Kaká Sebagai Duta
  • Kelajuan Internet Mudah Alih Di Malaysia Atasi Vietnam, Thailand Dan Jepun
  • Tencent Lancar Pembayaran Guna Tapak Tangan Di China
  • Beli Siri TV Neo QLED Samsung Baharu, Percuma Soundbar
  • Jam Simbol 'LGBT' Dirampas Penguat Kuasa Malaysia, Swatch Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Siri GIGABYTE GeForce RTX 4060 Ti 8GB akan tersedia di pasaran bermula 24 Mei ini. Sementara itu, versi VRAM 16GB dan GeForce RTX 4060 8GB dijangkakan hadir ke pasaran tempat pada bulan Julai ini.

Berikut adalah harga bagi setiap GPU GIGABYTE yang tersedia ketika ini:

  • AORUS GeForce RTX™ 4060 Ti Elite 8G  (RM2,329)
  • GeForce RTX™ 4060 Ti GAMING OC 8G         (RM2,159)
  • GeForce RTX™ 4060 Ti AERO OC 8G          (RM2,239)
  • GeForce RTX™ 4060 Ti EAGLE OC 8G      (RM2,069)
  • GeForce RTX™ 4060 Ti EAGLE 8G                  (RM2,019)

Sumber: Siaran Akhbar GIGABYTE

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY