Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TUKUN TIRUAN lrt

Gerabak LRT Dijadikan Tukun Tiruan Di Pulau Tioman, Diiktiraf Malaysia Book of Records

Diterbitkan Julai 15, 2024 · Dikemas kini Julai 15, 2024 oleh ariff bukhari

Pulau Tioman telah dipilih menjadi pulau pertama di negara ini yang menggunakan gerabak LRT sebagai tukun tiruan.

Malaysia Book of Records (MBOR) telah mengiktiraf gerabak sistem transit aliran ringan (LRT) sebagai Terumbu Karang LRT Pertama di Malaysia di bawah kategori bangunan dan struktur.

Menjelaskan inisiatif yang dicetuskan oleh Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) itu, Pulau Tioman dipilih sebagai lokasi program kerana kekayaan persekitaran marin dan kepentingan strategiknya sebagai destinasi pelancongan utama di Pahang.

Majlis pelancaran MBOR: The First LRT Coach Reef in Malaysia telah pun disempurnakan oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Berjaya Tioman Resort yang dinamakan sebagai Tapak Selam Al-Sultan Abdullah.

Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah bertitah dengan harapan tukun ini akan sedikit sebanyak membawa tarikan kepada pengunjung khususnya mereka yang minat dalam bidang selaman.

Al-Sultan Abdullah juga bertitah supaya tukun gerabak LRT itu terus dipantau bagi memastikan ia sentiasa dalam keadaan selamat agar tiada kejadian tidak diingini berlaku kepada penyelam.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Tesla Terbakar Hingga Rentung Di Stesen Pengecas Super Di AS, Api Sukar Dipadamkan
  • Wanita Tertinggi Di Dunia Kini Pegang Rekod Guinness Sebagai Bayi Perempuan Terpanjang Dan Miliki Telinga Terpanjang

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY