Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meizu 16 Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin, Dilancarkan Pada 26 Ogos Ini

Geely Dilapor Mahu Beli Meizu, Saingan Baharu Dalam Arena Telefon Pintar

Diterbitkan Januari 24, 2022 oleh Amsyar Latif

Tahun baharu ini dilihat banyak syarikat yang asyik membeli syarikat lain. Setiap pembelian sememangnya mempunyai tujuan masing-masing.

Geely, sebuah syarikat automotif yang mana di bawah mereka turut terdiri jenama Lotus, Proton, Volvo dan Polestar kini dilaporkan dalam proses untuk mengambil alih Meizu, iaitu sebuah syarikat telefon pintar yang sudah lama kita tidak dengar namanya sejak kebelakangan ini.

Meizu 18
Siri Meizu 18

Langkah yang dilakukan Geely adalah untuk memberi saingan dalam arena telefon pintar dan dijangka telefon pertama mereka bakal dilancarkan seawal 2023 di mana reuters melaporkan sebanyak 10 bilion yuan (~RM6.6 bilion) telah dilaburkan bagi merealisasikannya.

Buat masa sekarang, Foxconn dilihat sebagai calon pilihan untuk mengeluarkan telefon pintar ini pada masa hadapan.

Imbas kembali, Meizu mula bertapak dalam industri telefon pintar sejak tahun 2003 lagi. Walaupun mereka sebenarnya tidak hilang dari radar tetapi jualannya kurang memberangsangkan.

Sumber: 36kr, Nikkei Asia

Baca juga:

  • Geely Berkolaborasi Dengan Waymo, Hasilkan Konsep Kenderaan Elektrik Tanpa Stereng Dan Pedal

  • PROTON Mengorak Langkah Membina Kenderaan Tenaga Baru (NEV)

  • 5 Fakta Menarik Tentang Proton Malaysia Yang Mungkin Anda Tak Pernah Dengar

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY