Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kedai DJI

Gedung Premium DJI Pertama Kini Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan November 30, 2021 oleh Amsyar Latif

DJI yang merupakan peneraju dalam pembangunan dan pembuatan dron awam serta teknologi pengimejan udara untuk kegunaan peribadi dan profesional kini sudah mempunyai Gedung Pengalaman Premium DJI pertama di Malaysia.

Gedung yang terletak di tingkat 5 Pavilion Kuala Lumpur itu menawarkan pelbagai peranti dan juga produk elektronik pelopor industri.

Selain itu, reka bentuk dalamannya juga sama dengan yang digunakan di semua pusat runcit antarabangsa DJI bagi menjanjikan pengalaman yang menarik dan menyenangkan pelanggan.

DJI kedai

Tambahan lagi, mana-mana pelanggan yang hadir ke gedung ini boleh berbual dan bertanyakan soalan dengan pakar-pakar mereka.

Dalam pada itu, DJI turut akan memperkenalkan rangkaian produk baharu untuk tahun hadapan dan beberapa Gedung Pengalaman Premium DJI yang lain akan menyusul termasuk Pusat Servis DJI rasmi pertama buat pelanggan tempatan.

Sumber: Siaran Akhbar DJI

Baca juga:

  • Anda Pengguna Pixel 6? Lupakanlah Hasrat Untuk Guna Dron DJI

  • DJI Action 2 – Pesaing Terbaik GoPro

  • Kamera ‘Comel’ Dari DJI Masuk Malaysia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY