Garmin Malaysia melancarkan Venu 4, jam tangan pintar terkini dengan ciri inovatif terbaru untuk membantu pengguna memahami kesihatan tubuh dengan lebih baik. Ia membantu pengguna untuk menjejak perubahan pada trend kesihatan dan gaya hidup untuk membuat pilihan lebih baik buat badan mereka.
Dengan hayat bateri yang mampu bertahan sehingga 12 hari dalam mod jam pintar, anda tidak perlu mengecas jam anda setiap malam. Ini memudahkan anda mengesan metrik kesihatan anda sepanjang masa.
Kesihatan

Anda boleh melihat perubahan pada metrik kesihatan seperti kadar denyutan jantung, HRV, pernafasan dan suhu kulit semasa tidur. Perubahan ini boleh menunjukkan tekanan tambahan kepada badan dan boleh dikaitkan dengan aktiviti fizikal atau penyakit yang berpotensi. Ciri ini tersedia dalam beta3 pada jam tangan dan dalam Garmin Connect.
Pengambilan kafein dan alkohol juga boleh dikesan dari Venu 4 ini. Laporan tentang cara pilihan gaya hidup tersebut memberi kesan kepada tidur, tekanan dan HRV dalam aplikasi Garmin Connect.
Venu 4 juga menawarkan penjejakan metrik tidur yang canggih. Dengan ini, panduan tidur yang lebih peribadi dapat diberikan. Ia juga mampu mengesan sama ada badan sejajar dengan kitaran tidur dalam menggunakan irama sirkadian dan akan memberikan gambaran purata waktu tidur sepanjang tujuh hari yang lalu.
Kecergasan
Garmin Venu 4 ini mampu memberikan latihan senaman peribadi untuk lebih 25 aktiviti yang berbeza. Ia akan melaraskan latihan mengkut sejarah aktiviti anda. Dengan pelan Garmin Fitness Coach pula, anda boleh menerima set senaman yang telah disesuaikan dan memantau perkembangan di aplikasi Garmin Connect.
Tanpa pelan ini, anda masih akan menerima cadangan latihan senaman untuk aktiviti berbeza. Untuk anda yang menjalankan pelbagai aktiviti dalam satu set senaman, rekod senaman anda akan disimpan dalam satu sesi.
Kebolehcapaian

Jam ini juga didatangkan dengan suara. Anda boleh mendengar waktu semasa, data kesihatan dan maklumat lain terus daripada jam. Anda juga boleh mendapatkan peringatan pada setiap hujung waktu. Jika anda mengalami masalah buta warna, anda boleh memilih gaya paparan dengan pelbagai pilihan warna.
Turut didatangkan dengan rekaan logam yang premium dan mempunyai dua pilihan saiz iaitu, 41mm dan 45mm. Ia juga hadir dengan pilihan warna yang menarik seperti lunar gold, light sand atau silver dan citron. Boleh dipadankan dengan tali kulit atau silikon yang mudah untuk ditukar.

Kedua-dua saiz ini, mempunyai lampu suluh LED terbina untuk memudah penglihatan pengguna di dalam gelap. Pembesar suara dan mikrofon untuk membuat panggilan pada jam pula boleh dipadankan dengan telefon pintar Android atau iPhone. Ini akan membolehkan anda menggunakan voice assistant telefon anda untuk membalas mesej. Beberapa arahan suara juga boleh diaktifkan terus melalui jam.
Jam pintar Garmin siri Venu 4 ini boleh dibeli pada RM2,399. Anda boleh dapatkan jam ini di Garmin e-store, Shopee, Lazada dan Garmin Brand Stores.
{suggest}





