Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
G-Shock GBD-200 Dilancar, Jam Untuk Bersenam Dan Bersukan

G-Shock GBD-200 Dilancar, Jam Untuk Bersenam Dan Bersukan

Diterbitkan Jun 17, 2021 oleh Wiser MY

Awal minggu ini Casio telah menambah sebuah model jam baharu dibawah barisan G-Squad dan keluarga G-Shock.

Baca juga – G-Shock Harimau Malaya Habis, Kini Dijual Dengan Harga Melampau

G-Shock GBD-200 yang baru diperkenalkan ini merupakan model abang kepada GBD-100 yang dilancarkan pada tahun lalu.

Rangka profil dan bezel yang didatangkan pada model kali ini tampil lebih kecil, nipis, mampat, dan rata berbanding model sebelumnya. Ia juga mempunyai rangka berbentuk petak seperti rekaan jam G-Shock pertama, DW-5000C.

Baca juga – Ini Adalah Jam Tangan G-Shock Pertama Dengan Wear OS

Selain itu, tali yang dipasangkan pada jam ini menggunakan bahan yang lembut dan ringan untuk memastikan pemakaian yang selesa dan fleksibel.

G-Shock GBD-200 Dilancar, Jam Untuk Bersenam Dan Bersukan
Black, Navy Blue, dan Fluorescent Lime

Jam seberat 58g ini juga dilengkapi ketahanan air sehingga 200 meter serta fungsi kecergasan. Antaranya adalah kebolehan menjejak langkah dengan fungsi GPS yang disambung pada telefon pintar menggunakan Bluetooth.

Dalam pada itu, ia juga boleh dipasangkan dengan aplikasi G-Shock Move yang menawarkan ciri senaman harian, bilangan langkah dan kalori, dan lain-lain. Jadi pengguna boleh mengakses log data latihan ketika memakai jam ini.

Sama-sama kita nantikan tarikh rasmi pelancaran jam terbaru ini di pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Baca juga – Ini Mungkin Ciri Baru Yang Akan Ada Pada Apple Watch Series 8

Sumber: Casio

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY