Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hlb connect appauthorise

Ganti TAC Melalui SMS, Pengguna HLB Connect Perlu AppAuthorise Untuk Transaksi FPX

Diterbitkan Mei 18, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Bermula 17 Mei 2023, pengguna Hong Leong Bank perlu mengesahkan transaksi yang dilakukan di FPX dengan ciri AppAuthorise pada aplikasi HLB Connect.

AppAuthorise sama seperti Secure2u oleh Maybank yang mana ia menggantikan kod OTP/TAC melalui SMS sebelum ini.

Berkaitan

  • Apa Itu DuitNow, Dan Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenainya
  • 6 Kad Kredit Untuk Anda Yang Banyak 'Shopping Online'
  • Hong Leong Bank Perkenal e-Dompet Sendiri, Ada 'Cashback' Dan Simpan Mata Wang Asing
  • HLB Connect Sokong Kod QR Peniaga Di Thailand Dan Singapura
  • 4 Sebab HONOR Magic5 Pro Jadi Antara ‘Flagship’ Penting 2023

Ini bererti anda akan terima notifikasi (push notification) daripada HLB Connect untuk sahkan transaksi tersebut dengan butang ‘Approve’.

Jadi, hidupkan notifikasi HLB Connect seperti cara di bawah.

hidupkan notifikasi hlb connect

Perkhidmatan yang masih kekal dengan TAC melalui SMS

Walaupun transaksi FPX (Duitnow/e-dompet) sudah beralih daripada SMS ke AppAuthorise, ada masih ada beberapa perkhidmatan yang masih kekal dengan SMS.

  • Pendaftaran baharu HLB Connect dan naik taraf akaun HLB Connect sedia ada
  • ‘Reset’ atau tukar username dan/atau kata laluan
  • Kali pertama log masuk aplikasi HLB Connect
  • Tukar soalan keselamatan HLB Connect
  • Tambah Favourite Account/Biller/DuitNow Proxy ID seperti nombor telefon, MyKad dan lain-lain.

Sumber: Hong Leong Bank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY