Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
celcom axiata

Gangguan Rangkaian Celcom Melibatkan 5 Daerah Telah Diselesaikan

Diterbitkan Julai 16, 2021 · Dikemas kini Julai 16, 2021 oleh ariff bukhari

Celcom hari ini memaklumkan bahawa telah berlakunya gangguan perkhidmatan suara dan data internet di 5 lokasi yang melibatkan pengguna  di negeri Kedah Dan Perak.

Gangguan itu berpunca daripada kegagalan peralatan rangkaian Celcom.

5 Lokasi yang terjejas dengan isu tersebut adalah pengguna rangkaian Celcom di Seberang Perai, Kuala Muda, Kulim, Baling, Hulu Perak dan Kerian.

Masalah rangkaian itu dilaporkan berlaku lebih kurang hampir 3 jam iaitu  antara jam 11.48 pagi hingga 2.20 petang hari ini.

Celcom memaklumkan isu tersebut telah segera ditangani oleh pasukan teknikal mereka.

Screenshot 2021-07-16 at 21.24.20

Selain itu, Celcom turut memaklumkan bahawa pada 17 Julai 2021 (esok) bermula jam 12.15 pagi nanti, mereka akan menjalankan penyelenggaraan rangkaian di 4 buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Kawasan yang terlibat dengan penyelenggaraan itu adalah seperti berikut:-

17 July 2021
12:15am – 3:30am

Kelantan – Kota Bharu, Pengkalan Chepa

Terengganu- Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Padang Midin

Pahang – Jaya Gading, Gambang, Tanjung Lumpur, Pantai Sepat

12:15am – 4:00am

Selangor – Puchong, Taipan, Shah Alam, Klang, Kapar, Meru, Bandar Bukit Tinggi, Banting, Bandar Puteri, Kg Melayu Subang, Sabak Bernam, Sekinchan, Hulu Selangor

Sumber: Celcom

Baca juga: Gangguan Liputan Celcom Di 6 Negeri Kini Berlanjutan Sehingga Ke Bulan Ogos Pula

Baca juga: Posisi Satelit MEASAT-3 Berubah Punca Gangguan Siaran Astro

MEASAT-3 Perlukan Lebih Masa Untuk Distabilkan Semula Isyaratnya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY