Gameband | Jam Tangan Pintar Untuk 'Gamer'

Kalau anda seorang yang sukakan permainan digital tidak kira masa, tempat, dan juga peranti yang digunakan, Gameband mungkin sesuai buat anda. Gameband merupakan jam tangan pintar yang direka khas bagi gamer.Walaupun tidak mampu membawakan permainan 'berat' yang selalu dimainkan di komputer, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat mengisi masa lapang gamer ketika berjauhan dari komputer mereka.

Jam tangan pintar ini hadir dengan skrin AMOLED berukuran 1.6 inci dengan resolusi 320 x 320 piksel. Menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon Wear 2100 sama seperti yang digunakan pada jam tangan pintar LG Watch Sport. Dilengkapi dengan storan EMCC 4Gb, ia akan dikuasakan dengan bateri berkapasiti 400 mAh. Terdapat slot kad mikroSD pada jam tangan pintar ini, dan anda juga boleh menyambungkan ia ke komputer.

gameband-2

Gameband ditawarkan dengan dua variasi warna iaitu hitam dan merah. Para pengguna juga mempunyai pilihan untuk menukar tali jam tangan pintar mengikut citarasa masing-masing. Antara permainan yang boleh dimainkan pada Gameband adalah, Pong, Asteroids, Crystal Castles dan beberapa permainan lain yang mana jumlah keseluruhannya adalah 20 jenis.

6166aa18116d75c293ccb30b97978894_original

Turut diberitakan, terdapat versi Terraria yang membolehkan anda menyambung jam tangan pintar ini ke komputer menerusi USB Type-C dan seterusnya bermain permainan di skrin paparan yang lebih besar. Tetapi tidak dapat dipastikan lagi bagaimana cara ia akan berfungsi jika dimainkan di skrin komputer dari segi sentuhan, pergerakan dan kawalan.