Gambar, Video Di Xiaomi Cloud Akan Dipadam Secara Kekal Selepas 31 Julai 2023

Selepas 31 Julai 2023, gambar dan video yang disimpan di aplikasi Galeri yang disimpan di Xiaomi Cloud akan tidak lagi boleh dimuat turun dan akan dipadam buat selama-lamanya.
Mulai 31 Julai 2023, kami akan berhenti menawarkan perkhidmatan pemindahan dan muat turun untuk item Galeri, dan sebarang item Galeri yang tinggal yang disimpan dalam Xiaomi Cloud akan dipadamkan secara kekal. - Xiaomi

Jadi, anda harus pindahkannya sebelum tarikh tersebut.



Oleh itu, Xiaomi meminta pengguna untuk memindahkan semua bahan media ke Google Photos. Terdapat 2 kaedah anda boleh gunakan.

{suggest}

Pertamanya ialah memindahkan gambar dan video daripada Xiaomi Cloud ke Google Photos.



Untuk lakukannya, kemas kini aplikasi Galeri dan klik dialog pada Laman Mula atau notis di bahagian atas untuk mulakan proses pemindahan.

Kedua pula ialah dengan memuat turun sendiri secara manual data seperti gambar dan video daripada Xiaomi Cloud ke peranti anda.

xiaomi icloud gallery 31 julai

Untuk ikuti cara ini, log masuk di laman web i.mi.com dan klik ikon Galeri. Kemudian ikut arahan pada skrin untuk muat turun data yang anda mahu.

Tetapi, anda hanya boleh pilih satu daripada dua kaedah di atas.

Sumber: Xiaomi