Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Galaxy Watch Ultra Dilancarkan – Exynos W1000, Titanium Gred 4, 10ATM

Posted on Julai 10, 2024Julai 12, 2024

Samsung hari ini turut melancarkan jam pintar baharu, iaitu Galaxy Watch Ultra dan Galaxy Watch7.

{suggest}

Galaxy Watch Ultra

Menjadi model paling berkuasa, Galaxy Watch Ultra tampil dengan binaan Titanium Gred 4 dalam saiz 47mm dan cermin dari jenis Sapphire Crystal.

Ia dikuasakan cip Exynos W1000 berasaskan nod proses 3nm, dengan konfigurasi 2GB+32GB untuk memori dan storan.

Mengekalkan reka bentuk bulat Galaxy Watch, Galaxy Watch Ultra dimuatkan rekaan kusyen baharu, manakala Dynamic Lug System membolehkan tali jam ditukar lebih mudah.

Paparannya berukuran 1.5-inci Super AMOLED dengan sokongan Always On Display (AOD) serta maksimum kecerahan 3,000 nit. Ia menjalankan Wear OS 5 dan antara muka One UI 6, serta serasi bersama Android 11 dan lebih baharu dengan minimum 1.5GB memori.

Ia juga merupakan barisan jam pintar Galaxy Watch pertama yang dilengkapi dengan sistem GPS dwi-frekuensi.

 

Bagi menghidupkan peranti, ia dibekalkan bateri 590mAh. Galaxy Watch Ultra mempunyai hayat bateri paling lama dalam barisan Galaxy Watch, menawarkan sehingga 100 jam dalam mod Power Saving dan 48 jam dalam Exercise Power Saving.

Mempunyai ketahanan ekstrim, Galaxy Watch Ultra dilengkapi rintangan air 10ATM, penarafan IP68, MIL-STD-810H serta tahan suhu antara -20°C hingga 55°. Selain itu, ia juga boleh beroperasi pada julat ketinggian yang lebih luas, daripada 500 meter di bawah paras laut hingga 9,000 meter tinggi.

Untuk mod sukan, terdapat ciri seperti Multi-Sports Tile, Functional Threshold Power (FTP) serta Personalized HR Zone.

Dengan Quick Button, pengguna boleh memulakan dan mengawal senaman serta-merta dan memetakan fungsi lain mengikut keperluan. Selain itu, Emergency Siren juga boleh diaktifkan untuk keselamatan.

Dari segi pemantauan kesihatan, jam pintar ini mempunyai algoritma AI yang membolehkannya menganalisis tidur, menerima bacaan masa nyata dan peka dengan kadar denyutan jantung yang luar biasa tinggi atau rendah melalui ciri Heart Rate Monitoring.

Sebagai tambahan, terdapat juga ciri pemantauan Elektrokardiogram (ECG) dan Tekanan Darah (BP).

Dengan sensor BioActive baharu, jam pintar ini menawarkan sejumlah ciri, termasuk indeks Advanced Glycation End Products (AGEs) – penunjuk kesihatan metabolik dan penuaan biologi, yang dipengaruhi oleh gaya hidup dan tabiat pemakanan pengguna.

Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Dark Gray, Titanium dan White.

Galaxy Watch7

Galaxy Watch7 hadir dengan dua saiz iaitu 40mm dan 44mm, dengan masing-masing mempunyai paparan Super AMOLED berukuran 1.3-inci dan 1.5-inci serta cermin yang diperbuat daripada Sapphire Crystal.

Sama seperti Watch Ultra, ia juga dijana cip pemproses Exynos W1000 dengan 2GB RAM dan 32GB storan. Galaxy Watch7 40mm dan 44mm masing-masing mempunyai kapasiti bateri 300mAh dan 425mAh.

Juga dilengkapi sensor BioActive baharu, ia menawarkan ciri pemantauan yang sama seperti Galaxy Watch Ultra – termasuk pemantauan kadar degupan jantung, ECG, tekanan darah dan indeks AGEs.

Dari segi ketahanan, Galaxy Watch7 mempunyai penarafan IP68, 5ATM dan MIL-STD-810H. Selain itu, Galaxy Watch7 turut menyokong sistem GPS dwi-frekuensi.

Untuk mod sukan, jam pintar ini menampilkan ciri seperti Workout Routine, Race, Body Composition dan sebagainya. Ia juga dilengkapi ciri AI Suggested Replies, Double Pinch Gestures serta Samsung Wallet.

Galaxy Watch7 40mm tersedia dengan warna Green dan Cream, manakala Galaxy Watch7 44mm ditawarkan dengan warna Green dan Silver.

Harga dan ketersediaan

Berikut merupakan harga bagi Galaxy Watch Ultra dan Galaxy Watch7:

  • Galaxy Watch7 40mm (BT) -RM1,199
  • Galaxy Watch7 44mm (BT) – RM1,299
  • Galaxy Watch7 40mm (LTE) – RM1,499
  • Galaxy Watch7 44mm (LTE) – RM1,599
  • Galaxy Watch Ultra (LTE) – RM3,399

Prapesan sudah pun dibuka bermula 10 hingga 30 Julai 2024 melalui laman web Samsung.

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/clldpa7
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/clldpa1

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress