Telefon pintar vivo siri ‘X’ mungkin kurang dikenali pada satu masa dahulu. Namun, bergerak langkah ke era lebih moden, peranti siri tersebut mula mendapat perhatian.
Pada tahun 2020, vivo menampilkan sebuah telefon yang digelar vivo X50 Pro. Perkara yang paling menarik mengenainya adalah ia merupakan peranti pertama dunia yang hadir dengan gimbal dalam kamera.
Jika anda tidak tahu, gimbal adalah satu teknologi yang digunakan untuk menstabilkan kamera dengan lancar. Teknologi penstabilan imej di dalam kebanyakan peranti biasanya adalah OIS dan EIS. Namun, vivo menawarkan sedikit unik dan lebih cemerlang berbanding yang biasa.
Mungkin vivo X50 Pro terdahulu tidak cukup memberikan kepuasan tetapi kali ini menerusi siri vivo X70, mereka dilengkapi teknologi gimbal jauh lebih baik.
Jadi, tidak hairanlah beberapa orang ternama terutama yang bergiat dalam industri kreatif menjadikan telefon baharu vivo tersebut sebagai peranti pilihan harian mereka.
Di Malaysia sendiri, antara individu terkenal yang menggunakan siri vivo X70 sebagai peranti utama mereka adalah seperti pengasas jenama Christy Ng, stand-up comedian Dr. Jason Leong, dan penerbit filem ‘Crossroad One Two Jaga’ Joanne Goh.
Sekiranya anda tertanya, ini adalah sebab-sebab kenapa individu tersebut memilih telefon pintar siri vivo X70.
Kamera
Rasanya anda sendiri pun sudah tahu kamera adalah salah satu faktor yang menjadi kunci utama dalam siri vivo X70.
Seperti yang diketahui, kamera vivo pertama kali dilengkapi teknologi ZEISS adalah menerusi siri vivo X60. Namun, siri vivo X70 kali ini bukan sahaja mempunyai teknologi kamera daripadanya tetapi lensanya kini hadir dengan ZEISS T* Coating.
Buat anda yang tidak tahu, ZEISS T* Coating yang ada pada siri vivo X70 ini ibarat lensa tiada lapisan kaca.
Tujuannya adalah untuk menghilangkan kesan ghosting dan suar (flare) yang mana teknologi ini hanya terdapat dalam lensa kamera DSLR.
Selain itu, seperti yang dinyatakan di awal tadi, gimbal siri vivo X70 jauh lebih stabil. Melalui siri vivo X70, kameranya menampilkan Ultra-Sensing Gimbal yang menyokong teknologi VIS 5-Axis Ultra Stable Video.
Dengan ini, pengguna mampu mengambil gambar atau video dalam apa jua situasi tanpa ada sebarang masalah.
Tambahan lagi, ia turut menawarkan teknologi fotografi dan videografi seperti Super Night Video, Pure Night View, Real-Time Extreme Night Vision, mod Pro Cinematic dan banyak lagi.
Melihat penawaran kamera tersebut, tidak hairanlah mereka yang berada dalam industri profesional menggemari siri vivo X70.
Seperti Christy Ng dan Joanne Goh, mereka menganggap telefon tersebut memudahkan pengambilan gambar potret. Hanya keluarkan peranti dari poket, mereka boleh terus menjadi “master” dalam fotografi potret.
Di samping itu, Dr. Jason Leong turut mengatakan sistem gimbal terbina dalam siri vivo X70 ini sangat membantu ketika mana merakam video. Malah, gambar malam juga lebih senang untuk dihasilkan.
Jadi, bagi anda yang ingin mengetahui spesifikasi khusus kameranya, vivo X70 mempunyai lensa utama 40MP, 12MP telefoto dan 12MP ultra lebar. Sementara vivo X70 Pro pula 50MP lensa utama, 8MP periskop, 12MP telefoto dan 12MP ultra lebar. Manakala kedua-duanya berkongsi 32MP lensa swafoto.
Prestasi
Ketika diperkenalkan, ramai yang masih ragu-ragu akan prestasinya kerana menggunakan cip pemproses MediaTek Dimensity 1200.
Akan tetapi, cip pemproses tersebut sebenarnya cukup berkuasa dan setanding dengan cip andalan yang lain.
Secara khusus, Dimensity 1200 dilengkapi 8 teras yang merangkumi 1x teras prestasi tinggi Cortex-A78 dengan kelajuan 3.0GHz, 3x teras Cortex-A78 dengan kelajuan 2.6GHz dan 4x teras kecekapan Cortex-A55 pada kelajuan 2.0GHz. Manakala GPU pula menggunakan 9-teras ARM Mali-G77 MC9.
Selain itu, konfigurasi memori adalah sehingga 12GB RAM serta storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Jika rasa tidak cukup memori yang ditawarkan, ia menyokong Extended RAM 2.0 yang mana memberikan RAM tambahan sehingga 4GB.
Oleh yang demikian, tidak menjadi masalah sekiranya pengguna mahu menjalankan telefon tersebut untuk media sosial, mempamerkan bakat menerusi fotografi atau videografi mahupun mahu bermain permainan mudah alih.
Rekaan
Siapa sahaja tidak tertarik pada luaran. Ini kerana sesebuah telefon pintar dilihat menarik sekiranya ia mempunyai rekaan serta warna yang menawan. Mudah kata, pandang pertama itu amat penting.
Siri vivo X70 ditawarkan dengan dua pilihan warna, iaitu Aurora Dawn dan Cosmic Black. Selain warna yang diinspirasikan daripada cahaya Aurora yang mempesonakan dan langit waktu malam, panel belakangnya juga menggunakan Fluorite AG.
Dengan kemasan ‘matte’ sebegitu, pengguna tidak perlu risau cap jari yang melekat pada peranti yang secara tidak langsung rupa siri vivo X70 akan sentiasa dalam keadaan bersih.
Berminat?
Siri vivo X70 untuk pasaran Malaysia ditawarkan dalam dua model, vivo X70 dan vivo X70 Pro. Masing-masing dijual pada tanda harga RM2499 dan RM3299.
Sekiranya anda berminat, anda boleh belinya menerusi laman rasmi vivo Malaysia, Shopee, Lazada atau pengedar yang sah.
Beli siri vivo X70 di:
*Artikel Ini Dibawakan Oleh vivo Malaysia