Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
galaxy fold

Ini Yang Dilakukan Samsung Untuk Atasi Masalah Paparan Galaxy Fold

Diterbitkan Mei 16, 2019 · Dikemas kini Mei 16, 2019 oleh Helmi Samsuri

Permulaan yang indah ketika memperlihatkan Galaxy Fold pada Februari lalu, bertukar menjadi masalah yang akhirnya memaksa Samsung menunda tarikh penawaran peranti tersebut.

Umum sudah maklum, Galaxy Fold sebelum ini dilaporkan mengalami masalah berhubung kait dengan skrin paparan boleh lipatnya itu.

Ia berpunca apabila pengguna membuka satu lapisan pada skrin yang disangka sebagai pelindung skrin biasa. Sebaliknya, lapisan itu adalah antara komponen terpenting untuk paparan berkenaan berfungsi secara normal.

Untuk mengelak kejadian sama berulang kembali, Samsung dikatakan mengambil langkah menyelitkan lapisan tersebut pada bezel peranti. Disamping itu, lebih banyak amaran ditampal pada kotak pembungkus yang mana ia menegah pengguna dari membuka lapisan tersebut.

Dikhabarkan juga, Samsung turut mengecilkan ruang pada bahagian sendi (hinge) untuk menghalang bendasing dari masuk dan menyebabkan kegagalan fungsi skrin lipat terbabit.

Samsung masih belum lagi mengumumkan tarikh pelancaran terbaru kerana, dikatakan mereka perlu mendapatkan lesen baru untuk peranti berkenaan.

Sumber: YNA via Slash Gear

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
©2026 WISER.MY