Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-05-09 at 9.52.01 AM

Pembeli Galaxy Fold Secara Pra-Tempah Ada Dua Pilihan, Tempahan Batal Secara Automatik Atau Kekalkan Belian

Diterbitkan Mei 8, 2019 ยท Dikemas kini Mei 9, 2019 oleh Helmi Samsuri

Hampir dua bulan lebih usia Samsung Galaxy Fold setelah pertama kali dilancarkan sekitar acara MWC 2019 yang lalu. Mengetengahkan rekaan skrin boleh lipat, ia menaikkan keterujaan peminat yang sememangnya sudah lama ternanti-nanti peranti dengan rupa bentuk sedemikian.

Namun beberapa minggu yang lalu, kita telah diberitakan dengan masalah paparan yang dihadapi Galaxy Fold dan syarikat pengeluar itu terpaksa menangguhkan penawarannya termasuk untuk pasaran dalam negara yang sepatutnya dilancarkan 3 Mei lepas. Ia bagaimanapun menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat kerana Samsung tidak menyatakan sebarang tarikh baru untuk pengeluaran peranti boleh lipat tersebut.

Baru-baru ini, pembeli Samsung Galaxy Fold secara pra-tempah di Amerika Syarikat dilaporkan telah menerima e-mel mengenai pembelian mereka.

E-mel menyatakan bahawa Samsung sedang meningkatkan Galaxy Fold supaya menepati piawaian tertinggi pengeluar. Selain daripada itu, sekiranya pembeli tidak memberi maklum balas untuk meneruskan pembelian atau penghantaran peranti tidak dibuat pada 31 Mei 2019, pra-tempahan itu akan terbatal secara automatik.

Credit Droid Life
Kredit: Droid Life

Ini sedikit-sebanyak mencalarkan reputasi Samsung dan ramai tertanya-tanya, adakah pasaran sudah bersedia menerima kedatangan peranti boleh lipat?

Sumber: Droid Life

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
©2026 WISER.MY