Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
G-Shock wear os

Ini Adalah Jam Tangan G-Shock Pertama Dengan Wear OS

Diterbitkan April 2, 2021 oleh Amsyar Latif

Jam tangan G-Shock dari Casio ini tidak perlu untuk diterangkan lagi kerana jenama ini amat terkemuka dalam pasaran jam tangan sejak dari dulu lagi.

Kini, siapa sangka jam tangan tahan lasak ini tampil dengan ciri jam tangan pintar. Hal ini kerana Casio secara rasmi mengumumkan barisan G-Shock baharu, G-Squad Pro yang dilengkapi dengan Wear OS.

G-shock wear os 3

Terdapat tiga model yang ditawarkan, iaitu GSW-H1000-1, GSW-H1000-1A dan GSW-H1000-1A4.  Seperti kebiasaan, barisan G-Shock ini sememangnya tahan lasak termasuk kalis air sehingga 200m.

g-shock wear os 2

Antara cirinya, sama seperti pada jam tangan pintar dimana fungsi GPS, multi-sensor, muka jam, penjejakan aktiviti sukan, menyambungkan pada aplikasi telefon pintar dan banyak lagi.

app G-Shock

Namun, jam tangan ini bukanlah murah kerana ia dijual pada harga US$699, iaitu sekitar ~RM2896 dan Casio masih belum mendedahkan bilakah ia akan tersedia di pasaran.

Sumber: G-Shock

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY