Fungsi Terbaru YouTube Membolehkan Pemilik Akaun Untuk Menyekat Komen Spam

YouTube telah cuba untuk membendung masalah komen spam yang kadang-kala memeningkan kepala kepada pemilik akaun.

Sebelum ini, YouTube telah memperkenalkan polisi baru bagi membendung penonton dari melihat video-video ekstrim.

Sekarang mereka telah mewujudkan fungsi baru yang membolehkan pemilik akaun untuk menyekat komen spam.

Spam ini telah lama wujud dan menjangkiti semua saluran sosial media termasuk YouTube.

Komen seperti menawarkan muat turun percuma berkenaan filem baru, tawaran kerja, dan loteri merupakan perkara biasa dan selalu merosakkan bahagian komen.

YouTube juga membenarkan pautan terus ke ruang komen dan peluang ini diambil spammers untuk membawa trafik keluar ke laman sesawan mereka.

Fungsi terbaru ini dijangkan dapat membantu pemilik akaun untuk menyingkirkan spam dengan lebih mudah.

Fungsi ini juga termasuk dengan memberi kuasa kepada pemilik akaun untuk melihat komen dahulu sebelum membenarkan komen diletakkan di ruangan komen.

Fungsi ini boleh diakses di ruangan tetapan di kawasan tetapan komuniti.

Anda hanya perlu mengaktifkan ruangan block links dan selepas itu komen yang mengandungi pautan dan # akan ditahan sebelum dimoderasi.

Pemilik akaun diberi kebenaran untuk memadam atau meletakkan komen itu pada masa lain.



Tetapan ini secara default ditutup jadi terpulang kepada pemilik akaun untuk mengaktifkannya.

Dengan usaha begini mungkin dapat mengurangkan lagi masalah untuk video yang dispam dengan pautan yang kebanyakkannya mempunyai risiko bahaya.

Sumber