Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Anda Pakai iPhone Dan Hebat Ambil Gambar? Sertai Cabaran Apple Ini

Posted on Januari 27, 2022

Apple kini menjemput mana-mana pengguna iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max untuk menyertai cabaran terbaru mereka, iaitu fotografi makro yang diambil menggunakan peranti baharu Apple itu.

Cabaran tersebut bermula hari ini dan bakal berakhir pada 16 Februari 2022. Sementara pemenang akan diumumkan pada bulan April kelak.

Cara untuk menyertainya mudah, anda hanya perlu berkongsikan gambar makro yang diambil dari iPhone 13 Pro atau iPhone 13 Pro Max di Instagram dan Twitter. Pada kapsyen, perlu disertakan tanda pagar #ShotoniPhone dan #iPhonemacrochallenge. Jangan lupa untuk beritahu model iPhone apa yang digunakan dalam kapsyen gambar.

Air Boba

Barisan panel juri dalam industri bakal menilai setiap gambar yang dimuat naik secara global dan 10 pemenang akan dipilih. Selain itu, gambar tersebut boleh dimuat naik secara terus atau membuat suntingan daripada fungsi suntingan dalam iPhone atau juga aplikasi pihak ketiga.

Perlu diingatkan, tiada sebarang hadiah atau ganjaran wang yang diberikan kepada pengguna. Namun, 10 gambar tersebut akan diterbitkan di Apple Newsroom, laman rasmi Apple, Instagram dan media sosial Apple yang lain.

Malah, gambar itu juga mungkin akan terpapar bagi kempen Apple, iklan dan lain-lain bersama kredit kepada pemilik gambar tersebut.

Buat pengetahuan, bukan mudah untuk gambar anda dimuatnaik oleh Apple. Akan tetapi tidak mustahil kerana beberapa rakyat Malaysia yang berjaya berbuat demikian.

Sumber: Apple

Baca juga:

  • Gambar Milik Pemuda Malaysia Ini Viral Di Laman Instagram Apple

  • Satu Lagi Foto Rakyat Malaysia Dikongsikan Apple Di Instagram

  • Apple Kembali Di Puncak, Atasi Xiaomi Dan Pesaing Lain

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress