Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Free Fire Berkolaborasi Bersama Pasukan Formula 1 McLaren Racing

Free Fire Berkolaborasi Bersama Pasukan Formula 1 McLaren Racing

Diterbitkan Mei 27, 2021 · Dikemas kini Mei 31, 2021 oleh Wiser MY

Sebelum ini permainan mudah alih Garena Free Fire pernah lakukan crossover dengan anime popular Attack On Titan.

Terkini, Free Fire mengumumkan crossover terbaru mereka bakal menampilkan pasukan Formula 1, McLaren Racing, sebagai kolaborasi eksklusif.

Baca juga – 12 Jenama Kereta Yang Berkolaborasi Dan Keluarkan Telefon, Ada Yang Tak Pernah Dengar

Kolaborasi McLaren-Free Fire (MCLFF) ini akan menampilkan kandungan dan rekaan eksklusif yang diinspirasi oleh kereta lumba ikonik McLaren P1.

Pemain Free Fire juga berpeluang memandu kereta idaman MCLFF atau McLaren P1 sambil berperang atau di litar lumba yang disertakan di dalam permainan tersebut.

Selain itu, elemen lain seperti kapal dan papan luncur yang ada di dalam permainan itu juga mendapat sentuhan warna ikonik jingga dan biru McLaren.

Menariknya lagi, kolaborasi yang akan diumum ini turut menampilkan Lando Norris, pemandu kereta lumba Formula 1 McLaren itu sendiri.

Baca juga – Instagram Dan Facebook Ada Ciri Sembunyi Angka “Like”, Ini Cara Aktifkannya

Disamping itu, pemain juga berpeluang memenangi hadiah VIP McLaren Racing dan merasai pengaktifan McLaren x Free Fire di bandar terdekat.

Untuk dapatkan berita terkini mengenai kolaborasi ini, layari Facebook dan YouTube Free Fire.

Sumber: Siaran Akhbar Garena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY