Fortnite Catat 78.3 Juta Pemain Pada Sepanjang Ogos 2018

Fortnite boleh dianggap sebagai perintis bagi permainan ber-genre battle royale yang kian popular pada hari ini, dan popularitinya seakan tidak akan terhenti dalam beberapa bulan mendatang.

Hal ini terbukti apabila permainan yang dibangunkan Epic Games itu telah merekod sejumlah 78.3 juta pemain di seluruh dunia pada bulan lepas. Ia dilihat berlaku pada masa yang tepat memandangkan musim ke-enam permainan berkenaan dijangkan akan dilancarkan tidak lama lagi.

Kemaskini musim baru bagi permainan ini sepatutnya tersedia pada semalam(24 September) namun ia terpaksa ditangguhkan atas sebab yang tertentu. Menurut kiriman tweet oleh Epic Games, ia akan dilancarkan pada Khamis ini(27 September).

Berita ini pastinya membuatkan pencabar mereka, PUBG tidak duduk diam memandangkan mereka kian ketinggalan. Mungkin faktor PUBG dikenakan bayaran(versi PC) menjadi punca utama mengapa Fortnite lebih popular di peringkat global. Nantikan tindak balas dari pihak PUBG Corp. berkenaan perkara ini kelak.

 

Sumber

 

Amir Zakwan

Amir Zakwan

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408