Fortnite Akan Disaman Penyanyi Rap 2 Milly Kerana Meniru Tarian

Epic Games, syarikat pembangun kepada permainan popular, Fortnite, kini sedang menghadapi saman dari artis hip-hop, 2 Milly.

Pemfailan saman itu dibuat semalam, dimana Epic Games didakwa meniru gerak tarian “Milly Rock”. Gerak tarian yang boleh didapati dengan cara pembelian dalam aplikasi itu merupakan salah satu ciri popular dalam kalangan pemain.

Terdapat juga pemain yang menganggap tarian  yang sudah wujud sejak 2014 itu dicipta untuk Fortnite.

Selain 2 Milly, beberapa artis lain juga ada menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pembangun Fortnite yang didakwa mengaut keuntungan dari gerak tarian yang mereka cipta seperti Chance The Rapper dan Donal Faison.

Sumber: The Verge

Helmi Samsuri

Helmi Samsuri

Pengerusi Kelab Lontar Peluru Wiser.my

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408