Kerajaan A.S bimbang terhadap populariti aplikasi tersebut dikalangan remaja mereka.

Firma pembangun aplikasi popular TikTok, ByteDance dilaporkan sedang disiasat oleh kerajaan A.S berikutan kebimbangan terhadap penggunaan aplikasi tersebut yang semakin meningkat popular dikalangan remaja A.S.

IKLAN

Siasatan terhadap TikTok yang dikenali sebagai Musical.ly sebelum dibeli oleh ByteDance dalam tahun 2017 dahulu juga dikaitkan dengan dakwaan salah guna data pengguna, khususnya data peribadi kanak-kanak.

Respon terhadap siasatan yang dijalankan ke atas mereka, TikTok menyatakan,

We store all TikTok US user data in the United States, with backup redundancy in Singapore. Our data centers are located entirely outside of China, and none of our data is subject to Chinese law. Further, we have a dedicated technical team focused on adhering to robust cybersecurity policies, and data privacy and security practices.

IKLAN

Ini bukan kali pertama TikTok berdepan dengan siasatan. Sebelum ini, TikTok telah disiasat oleh kerajaan U.K berkaitan cara kendalian data pengguna aplikasi tersebut.

Malah TikTok juga pernah diharamkan oleh kerajaan India tahun ini kerana aplikasi itu didakwa “mengalakkan pornografi” serta berisiko “merosakkan masa depan dan pemikiran anak-anak muda”.

IKLAN

Sungguhpun begitu, pengguna di India adalah yang paling banyak memuat turun dan memasang aplikasi TikTok ke dalam peranti pintar mereka.

Kredit: Statista