Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-04-17 at 11.09.15 AM

Aplikasi TikTok Diharamkan Di India

Diterbitkan April 17, 2019 oleh Helmi Samsuri

Aplikasi TikTok merupakan aplikasi sunting dan perkongsian video pendek yang telah dilancarkan sekitar 2016 yang lalu.

Seperti kebanyakkan aplikasi media sosial yang lain, TikTok turut terpalit dengan masalah perkongsian kandungan yang tidak sihat seperti pornografi.

Baru-baru ini, Google dilaporkan telah menarik aplikasi TikTok dari senarai muat turun Google Play Store untuk pengguna di India atas arahan dari mahkamah tempatan.

Gedung dalam talian App Store milik Apple juga tidak terkecuali dari melakukan perkara yang sama, selepas diperintahkan oleh pihak kerajaan sepertimana yang diungkapkan dalam laporan Venturebeat.

Terdahulu, mahkamah negeri di selatan Tamil Nadu menggesa kerajaan pusat untuk mengharamkan muat turun TikTok bagi pengguna di India dengan mendakwa aplikasi itu “mengalakkan pornografi” serta berisiko “merosakkan masa depan dan pemikiran anak-anak muda”.

Belum dapat dipastikan langkah sekatan ini kekal atau bersifat sementara. TikTok ketika ini mempunyai lebih dari 120 juta pengguna bulanan aktif di India.

Sumber: Venturebeat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY