Filem 'KITA' Dirakam Secara Eksklusif Menggunakan vivo X50 Pro

Pada minggu lepas, vivo telah mengumumkan kerjasama dengan pengarah Netflix Ho Yuhang. Baru-baru ini, vivo Malaysia melancarkan tayangan perdana buat pertama kali dalam satu acara sidang media.

Filem 'KITA' merupakan filem pendek yang berdurasi 9 minit dirakam sepenuhnya mengguna peranti terbaru vivo X50 Pro di Malaysia.

Ia bertujuan untuk memaparkan kepelbagaian budaya Malaysia selain menampilkan kisah sebenar persahabatan empat pelajar yang berlainan budaya dan bangsa.

Filem ini menunjukkan perbezaan yang wujud antara orang dan bagaimana individu, tempat dan situasi dapat membantu memupuk hubungan dan persefahaman di antara mereka.

Selain itu, penyanyi dan penulis lagu terkenal Shila Amzah juga menjayakan kempen ini dengan mencipta lagu tema 'KITA' dan dirakam kepada dua bahasa iaitu Mandarin dan Melayu.

https://www.instagram.com/p/CEGiI3njKLc/?utm_source=ig_web_copy_link

Tambahan lagi, filem ini menggunakan kesemua ciri yang terdapat dalam X50 Pro seperti sistem gimbal kameraSuper Night Mode, Super Wide Angle, 60x Hyper Zoom dan banyak lagi.

Dengan ciri-ciri ini, ia dapat memberikan semua keperluan bagi menjalankan penggambaran filem 'KITA' dari pelbagai sudut untuk babak yang berlainan.

Penonton boleh menyaksikan filem pendek tersebut di laman rasmi Facebook vivo Malaysia bermula 27 Ogos 2020.